Risalah Fikir (032) Sebelum Visi Dan Misi Kita Menjadi Angan2 Mat Jenin

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:31
Mari kita cuba memahami kefahaman yg ada pada seorang sahabat yg bernama Abuddardaa`'Uwaimar bin Zaid r.a.

Dan drp Adh-dhohhaak telah berkata ia, telah berkata Abuddardaa` r.a.:...(mafhumnya)....:Wahai Ahli Damsyiq ! Antum adalah saudara2 dari segi agama, antum adalah jiran2 dari seginegeri2/kawasan2, antum adalah penolong2 dlm menghadapi musuh2. Apakah yg menegahkan kamudrp kesayanganku ! Dan sesungguhnya mauunahku (my inconveniences and toubles) keatas ygselain kalian ! Mengapakah aku melihat ulama kalian pergi menghilang dan juhhaal (org2jahil) kalian tidak mahu belajar ?  Dan aku melihat kalian, sesungguhnya kalian telahbegitu sangat menghadap, memberi perhatian dan bertungkus lumus keatas perkara2 yg telahditakafulkan untuk kalian dgnnya (perkara2 yg telah dijamin dgnnya untuk kalian) walhalkalian telah meninggalkan perkara2 yg kalian diperintahkan dgnnya ! (wa taraktum maaumirtum bihi !).

Ketahuilah.........( wahai saudara2 semua !). Sesungguhnya (dahulu) telah

www.myjodoh.net
ada kaum ygbegitu hebat membina akan bangunan2/binaan2, dan mereka telah mengumpul begitu banyak akanharta2 ,kekayaan2 dan aset- aset, dan mereka telah membuat wawasan2 yg  begitu hebatsekali ........ (Tetapi, bila mereka memberi perhatian dan bertungkus lumus keatasperkara2 yg telah dijaminkan, dan mereka meninggalkan apa yg diperintahkan kpd mereka,maka datanglah bala dan 'azab keatas mereka)...... maka jadilah bangunan2/binaan2 (ygtinggi2 dan besar2) mereka seperti kubur- kubur ratanya, dan jadilah wawasan2 dan cita2mereka sebagai tinggal angan2 sahaja, dan jadilah harta2 kekayaan dan aset2 mereka binasadan hancur berderai !!

Ketahuilah.......(wahai saudara2 semua !)....  Maka hendaklah kalian belajar(mengambil i'tibar) ! Dan hendaklah kalian mengajarkan ! Maka sesungguhnya 'alim itu(orgyg 'alim itu) dan muta'allim itu(org yg belajar itu) dari segi pahala sama
sahaja !  Dan tidak ada khair(kebaikan) pada manusia selepas mereka berdua (selainmereka berdua) !

Begitulah terjemahan kasar drp kitab Sifah As-Sofwah oleh Al- Imam Ibnu Al-Jauzi rah.a.,Jilid 1, halaman 628 & 629.

Sebenarnya Abuddardaa` r.a. telah dilantik oleh Sayyidina 'Umar bin Al-Khattaab r.a.sebagai seorang qaadhii di Damsyiq. Jadi, bila beliau r.a. melihat orangramai di Damsyiqsana begitu sibuk dan 'asyik dgn projek2 perumahan dan binaan, begitu sibuk dan 'asyik dgnusha2 pembuatan, pengairan/saliran dan pertanian dan sebagainya sehingga lupa dgnperintah2 Allah swt, maka beliau pun terus bangun dan memberi nasihat kpd mereka supayamenyedari matlamat2 asas dlm kehidupan dunia yg tersangat sementara ini dan supaya merekamengutamakan perintah2 Allah swt dan RasulNya saw drp segala yg lain (mengikut keterangan2drp kitab2 yg lain lagi).

Lantaran itu, kalau kita benar2 sayangkan diri kita, keluarga kita,  kampung kita,negara kita yg comel ini dan ummat ini, marilah kita  benar2 meneliti dan mengamatiakan nasihat2 Abuddardaa` r.a di atas dgn sebenar2 penelitian dan sebenar2 pengamatan .Danmarilah kita benar2 ber'amal dan benar2 menyampaikan kpd yg lain sebelum terlambat ....sebelum bangunan2/struktur2 yg selama ini kita telah merekabentukkannya, membinanya danmenghiaskannya runtuh dan hancur menjadi kubur2, sebelum harta2 kekayaan dan aset2 kitabinasa berderai, dan sebelum wawasan2, cita2, visi2 dan misi2 kita tinggal menjadi angan2Mat Jenin belaka !!

Dan yg paling penting ialah sebelum nyawa kita melayang drp badan........... !!

 

webmaster@mymasjid.net.my