Apa Dah Jadi Dengan Ummat Hari Ini

Oleh Zindagi Ekk Safar(bo
07-Jan-2003 13:49:49
TANJUNG MALIM: Sepasang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengambil tindakan paling memalukan apabila menjadikan sebuah masjid di sini, sebagai tempat memadu asmara.

Pasangan itu, yang berkenalan menerusi ruangan sembang Internet mengaku mengadakan pertemuan di bandar itu apabila pelajar perempuan berusia 21 tahun itu yang menuntut di sebuah IPTA di Selangor datang menemui kekasihnya, seorang penuntut IPTA di sini, 22 Disember lalu.

Mereka mendakwa memilih masjid sebagai lokasi untuk bertemu kerana ia tempat paling selamat dan tiada gangguan.

Perbuatan mereka bagaimanapun, dihidu sepasukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Islam Slim River yang kebetulan berkumpul di perkarangan masjid itu untuk mendengar taklimat operasi pencegahan maksiat awal pagi berkenaan.

Pentadbir Agama Daerah Slim River, Ahmad Nizam Amirudin berkata, ketika anggota penguatkuasa sedang berkumpul di masjid berkenaan tiba-tiba salah seorang anggota ternampak bayang-bayang
www.myjodoh.net
orang di bahagian tempat beribadat wanita.

Katanya, tanpa membuang masa anggota penguatkuasa pergi untuk melihat dan mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

“Apabila anggota penguatkuasa sampai di tempat beribadat wanita mereka terkejut kerana bayang-bayang yang mereka nampak rupa-rupanya sepasang remaja sedang tidur berdekatan.

“Pasangan itu terkejut dan hanya mampu membisu apabila anggota penguatkuasa memperkenalkan diri mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ahmad Nizam berkata, ketika ditahan pelajar lelaki itu berpakaian lengkap dan pelajar perempuan itu bertudung dan mengakui perbuatan mereka menyalahi undang-undang Islam.

Katanya, ketika disoal siasat wanita itu berkata dia datang ke sini dari Batu Kurau untuk berjumpa kekasihnya dan memberitahu mereka memilih masjid sebagai lokasi untuk berjumpa kerana mereka menganggap masjid adalah tempat yang selamat.

Beliau berkata, lelaki berusia 20-an yang berasal dari Sarawak itu mengaku mereka hanya berpegangan tangan dan berciuman ketika berdua-duaan di dalam masjid terbabit.

“Pasangan itu diberikan waran hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Slim River untuk soal siasat dan sesi kaunseling serta akan didakwa mengikut Seksyen 54 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak (EJSNP) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Ahmad Nizam berkata, pihaknya kecewa dengan sikap pasangan remaja yang sanggup mencemarkan tempat beribadat untuk melakukan perbuatan maksiat yang menyalahi hukum syarak itu.

Katanya, masjid adalah tempat orang ramai untuk beribadat bukannya untuk melakukan maksiat dan tindakan remaja itu sangat memalukan umat Islam di sini serta boleh menjejaskan imej masjid berkenaan.

Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku

 

webmaster@mymasjid.net.my