Surat Berantai, Sejarah Dan Jawapannya

Oleh J.Suhaimi
19-Jan-2003 02:06:01
Disertakan satu isu lama beserta jawapannya..dari kawan..

==============
INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKANDAN NIAT ANDA MENGEDARKAN. WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUTTERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA. WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.
Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada suatu malam ketika hambamembaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w. selepas hamba membaca lalutertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi hamba lalubersabda: Dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan
Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-
1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah
www.myjodoh.net
itu pintu langit akan tertutup
2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang
3.Matahari akan turun di atas kepala
Pesan Hamba :-
1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubatmasih terbuka
4. janganlah derhaka kepada ibu-bapa
Untuk peringatan !!
1. seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Ia kemudian dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya
2. seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat ini adalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya meninggal dunia
3. pada tahun 1977b Tun Dato Mustapha, bekas ketua menteri Sabah menerima wasiat ini, kemudian beliau mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarkan kepada orang maka selang berapa hari dilantik menjadi menteri kabinet
5. Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto telah menerima wasiat ini dan tidak percayaakan kebenerannya dan anggapannya palsu lalu dibuangkannya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati
6. Terengganu, seorang perkerja bengkel kenderaan menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali dari perak. lalu membuat 20 salinan sepertimana
dituntut. Alhamdulillah dia telah dianugerahi seorang gadis berakhlak sebagai
isteri. Baginya penganugerahan ini paling agung dan tidak ada tolak bandinganya
7. Di terenganu juga seorang Hamba Allah telah menerima wasiat ini dari kawannya di melaka, malangnya dia tidak mengindahkannya dan mengatakan Banyak lagi contoh orang-orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayai dan tidak mengirimkan kepada orang lain di mana mereka mendapat pelbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang mengembirakan dan meyakinkan ini,
anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. Insyaalah, anda akan memperolehi sesuatu daripada ALLAH dengan penuh keyakinan. Pastinya ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat keuntungan hidup
PERHATIAN; Setelah membacanya wasiat ini, hendaklah di tulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain atau dikirimkan kepada orang lain sebanyak 20 salinan. Sekiranya ini telah dilakukan, anda akan dianugerahi oleh ALLAH sesuatu niat dan hajat anda. Hajat anda akan di kabulkan oleh ALLAH, kata Sheikh Ahmad lagi. Jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekotoran dan biarlah tidak mendapat perlindungan atau syafaat daripada Rasullullah s.a.w. Oleh itu, hendaklah ditulis atau dicetak sebanyak 20 salinan dan sampaikan kepada orang lain. Dalam masa seminggu atau dua minggu anda akan beroleh kebahagian dan ingatlah : lakukan ini dengan niat anda kepada Allah s.w.t.
INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA
================================================
Penjelasan Surat Berantai
Ini adalah penjelasan yang saya dapat menerusi kiriman email daripada seorang sahabat. Semoga perkara ini menjadi pengiktibaran kepada kita dalam kehidupan seharian. Wallahu 'alam.

Soalan:

Saya telah terbaca satu surat (wasiat) dan amat terkejut dgn isi kandungannya. Ia dikatakan sebagai satu wasiat daripada Sheikh Ahmad (pemegang anak kunci makam Rasullullah s.a.w) kepada semua umat di seluruh dunia. Di akhir wasiat itu beliau berkata, "Di Bombay terdapat seorang yang telah menyalin wasiat itu sebanyak 30 salinan dan dia telah dikurniakan Allah rezeki sebanyak 25000 rupiah. Seorang lagi menyebarkan wasiat itu diberikan rezeki 6000 rupiah oleh Allah. Terdapat seorang yang mendustakan wasiat ini, maka dia telah kematian anaknya pada hari itu juga. Dia berkata bahawa sesiapa yang menerima wasiat ini dan tidak menyebarkannya akan ditimpa musibah yang besar. Apakah pandangan tuan terhadap wasiat ini? Adakah ia benar atau dusta?.

Dr. Yusof Al-Qardawi menjawab:

Ramai orang tertanya-tanya tentang wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makan Rasullulah s.a.w. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Iannya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.

Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih daripada mencukupi. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:

"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama kamu"
Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu.
Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.

Manusia tidak pernah menerima perintah seperti 'sesiapa yang membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah.' Maka bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.

Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu yang menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan orang-orang Islam dari jalan yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunah alam dan konsep sebab dan musabab yang telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.

Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada. Perkara-perkara khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat shafaat khusus daripada. Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya shafaat Rasulullah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dlm sebuah hadis:


"Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada Allah" dengan penuh keikhlasan hatinya"
Kita memohon kepada Allah memberikan kefahaman yang benar tentang urusan agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebatilan.


Wassalam

JAWAPAN BERKAITAN SURAT BERANTAI (WASIAT) YANG PERNAH DIHANTAR KEPADA SAYA.

Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli
keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta
seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada
semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam,
salam ceria dan sejahtera diucapkan. Dengan izin barisan moderator budiman. Sebenarnya isu surat sebegini bukanlah
satu perkara baru. Lama dah. Cuma ianya seumpama iklan biskut, "kejap ada, kejap tiada". Buat saudara Mustafa Kamal, terima kasih dan syukur kerana Allah swt. telah mengetuk pintu hati saudara daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia dan dusta.
Subhanallah! Rupanya masih ada di kalangan kita yang masih gemar dan suka kepada perkara-perkara karut dan khurafat! Saya hairan dan pelik kerana kita yang mengaku ISLAM dan mengaku PERCAYA HANYA PADA ALLAH SWT. DAN RASULNYA tetapi masih bergantung rezeki, rahmat dan syafaat daripada surat yang cukup khurafat
tarafnya.
Tahukah sahabat sekalian (terutama kepada mereka-mereka yang menjadi penyebar surat khurafat ini), surat wasiat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 bagi tujuan untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa,
seorang paderi Khatolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di InstitutoN Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun (sila rujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 1978 dan Jabatan Agama Negeri).Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah saw. di Madinah Al-Munawarah antara tahun 1967 sehingga 1979,
TIDAK ADA penjaga atau pemegang kunci makam Rasulullah saw. bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah Al-Munawarah ialah Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881 – meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932 - meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934 - bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967 - meninggal dunia 1979). Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah Al-Munawarah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Ianya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah Al-Munawarah.
Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih daripada mencukupi. Menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah swt. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah saw. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan
umat Islam".
Tambahan pula, surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap
junjungan besar Nabi Muhammad saw. serta ajaran baginda kerana menggambarkan
SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda. Allahyarham Datuk
Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling
kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari
Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan
dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada
umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara SYIRIK dan
KHURAFAT. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya
dan boleh mengakibatkan MURTAD walaupun tanpa disedari si pengirim.
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan
mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun
1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua
puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal
dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang
beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor
mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan
sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil
jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap
sesiapa yang telah pun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja
Melayu dalam mesyuaratnya diPekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh
Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Allah swt. berfirman dalam surah Surah Al-Ma'idah ayat 3:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama (Islam) kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi
ugama untuk kamu"
Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan
dilengkapkan oleh Allah swt., masih lagi berhajat kepada wasiat orang fasik yang
tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di
hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu. Inilah dia kelemahan umat
Islam yang paling nyata. Suka bertindak tanpa menggunakan akal dan pegangan
agama serta menyebar sesuatu tanpa menyelidiki sama ada ianya benar atau tidak
benar.
Allah swt. ada berfirman di dalam Surah Al-Hujuraat ayat 6:
[Image]
6. Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya
kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan
sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang
kamu telah lakukan
Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang
melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah swt. dan sunah RasulNya.
Tidak pernah di dalam sejarah di dalam penyebaran agama Allah swt. Islam oleh Muhammad saw. dikatakan kepada umat manusia yang tidak melaksanakan perintah sekian-sekian dan kemudian tidak disalin dengan 20 salinan dan menyebarkannya akan ditimpa musibah. Apa bezanya dengan surat khurafat dan syirik ini? Jika ia pun kita masih kurang lengkap dan kurang sempurna dengan ilmu-ilmu agama,
fikirkanlah dengan menggunakan akal sebagai seorang MUSLIM dengan kefahaman KONSEP ISLAM yang sebenar! Bukannya dengan hentam keromo!
Kalau begitu tidak perlulah kita bersusah payah bekerja keras untuk mencari
rezeki untuk keluarga. Cukuplah dengan berpegang kepada perkara-perkara
khurafat seumpama ini yang menyelewengkan pemikiran umat Islam. Tentu sudah
kaya raya dan menjadi jutawan kepada mereka-mereka yang telah menyebar-nyebar
surat ini. TAHNIAH!
Mencari rezeki pun ada caranya dan adabnya. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat syafa'at khusus daripada Rasulullah saw. Sesungguhnya syafa'at
Rasulullah saw. adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar seperti syirik di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda Baginda saw. Dalam sebuah hadis:
"Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada Allah" dengan penuh keikhlasan hatinya"
Berdoalah kepada Allah swt. agar kita semua diberi petunjuk dan hidayahNYA serta memberikan kefahaman yang benar tentang urusan agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebatilan.



GAGAL MERANCANG ERTI MERANCANG UTK GAGAL

 

webmaster@mymasjid.net.my