Indeks Kitab

Hadis Anas r.a katanya:
Aku telah menghadiri majlis kenduri sempena perkahwinan Zainab. Rasulullah s.a.w telah menghidangkan kepada orang ramai, roti dan daging. Rasulullah s.a.w menyuruh aku menjemput mereka, apabila mereka selesai makan. Rasulullah s.a.w bangun lalu beredar dan aku mengekori baginda. Ketika itu aku dapati masih ada dua orang lelaki sedang asyik berbual dan masih belum keluar. Ketika Rasulullah s.a.w mula masuk berjumpa dengan isteri-isterinya, baginda mengucapkan salam kepada setiap seorang dari mereka: Assalamualaikum! Apa khabar kamu semua? Mereka menjawab: Baik! Wahai Rasulullah dan bertanya: Bagaimana isterimu? Rasulullah s.a.w menjawab: Baik! Setelah selesai, baginda kembali bersamaku. Ketika sampai di pintu didapati dua lelaki itu masih lagi asyik berbual. Apabila keduanya melihat Rasulullah s.a.w pulang, kedua-duanya bangkit dan keluar dari rumah Rasulullah s.a.w. Aku tidak pasti mengapa mereka keluar. Adakah aku telah menyuruh mereka supaya keluar atau wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w menyuruh mereka keluar. Ketika baginda meletakkan kaki di ambang pintu setelah pulang bersamaku, baginda melabuhkan tirai antaraku dengan baginda dan ketika itu turunlah firman Allah: لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَنْ يُوءْذَنَ لَكُمْ Hingga ke akhir ayat, yang bermaksud: Jangan kamu memasuki rumah Nabi kecuali setelah mendapat keizinannya.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 2565

Translation

Anas, may Allah be pleased with him, said:
I attended the banquet held on the occasion of the Prophet's marriage to Zainab bint Jahsh, in which the Prophet himself served us meat and bread. He sent me to invite people. When he finished, he stood up and I followed him, but some persons who were busy in conversation stayed on in the house after the meal. Allah's Messenger (may peace be upon him) began to visit the apartments of his wives greeting them (with the words): Al-Salamu 'Alaikum, and they would say: Allah's Messenger, how did you find your family (Zainab)? He (the narrator) stated: I do not know whether I had informed him that the people had gone out or he (the Holy Prophet) informed me (about that). He moved on until he entered the apartment, and I also went and wanted to enter (the apartment) along with him, but he threw a curtain between me and him, as (the verses pertaining to seclusion) had been revealed, O you who believe! Enter not the Prophet's houses, except when leave is given to you Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 2565

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my