Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Nikah > Kitab Nikah
    Hadis Anas r.a: Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku.info
    Hadis Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Rasulullah s.a.w melarang Othman bin Maz'un untuk membujang. Seandainya baginda merestuinya, pasti kami akan membujang.info
webmaster@mymasjid.net.my