Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Nikah > Bab Hukum A'zal Iaitu Menahan Air Mani Dari Sampai Ke Dalam Rahim
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Kami pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam peperangan Bani Mustaliq dan kami berjaya menawan beberapa orang perempuan Arab yang sangat cantik. Sebenarnya kami ingin bersetubuh dengan mereka tetapi kami bimbang mereka hamil, jadi kami melakukan A'zal dalam persetubuhan itu. Kami lakukan itu di saat Rasulullah s.a.w masih ada. Kami takut untuk bertanya masalah itu kepada baginda s.a.w. Tetapi akhirnya kami bertanya juga masalah itu kepada baginda. Baginda bersabda: Tidak perlu kamu lakukan itu kerana segala sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah pasti akan wujud. Perkara sebegitu akan berlaku hingga Hari Kiamat.info
    Hadis Jabir r.a katanya: Kami melakukan A'zal ketika mana Al-Quran diturunkan.info
webmaster@mymasjid.net.my