Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang.
Hadis Abu Musa r.a katanya: Aku telah masuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Ketika itu hujung sugi masih berada di hujung lidah iaitu mulut baginda.
Hadis Huzaifah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w bangun pada malam hari untuk mendirikan sembahyang tahajud, baginda menggosok gigi dengan sugi.
