Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Fitrah ada lima atau mungkin juga diriwayatkan Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai sifat semula jadi seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai.
Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Potonglah Misai dan panjangkanlah janggut iaitu jagalah janggut.
