Hadis Ummu Salamah r.a: Sesungguhnya seorang lelaki pondan yang berperilaku seperti wanita berada di rumah beliau, ketika itu Rasulullah s.a.w juga berada di rumah tersebut. Lelaki itu berkata kepada saudara Ummu Salamah: Wahai Abdullah bin Abu Umaiyah! Jika Allah menolong kamu menakluki Taif besok, maka akan aku tunjukkan kepadamu anak perempuan Ghailan, nescaya beliau menghadap dengan empat lipatan perut dan kembali dengan lapan lipatan perut kerana sangat gemuk. Jadi, ketika Rasulullah s.a.w mendengar pembicaraan itu, baginda bersabda: Janganlah mereka itu masuk ke tempat kamu!.
