Hadis Aisyah r.a katanya: Apabila Nabi s.a.w beriktikaf, baginda mendekatkan kepala baginda kepadaku, lalu aku menyikat rambut baginda. Baginda tidak memasuki rumah kecuali jika ada hajat-hajat yang bersangkutan dengan orang ramai.
Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya berbaring di pangkuanku, sedangkan aku masih dalam keadaan haid, kemudian baginda membaca Al-Quran.
