Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Memansuhkan Hadis Yang Menyatakan Air Itu Hanyalah Kerana Air Dan Wajib Mandi Apabila Bertemu Dua Khitan Iaitu Dua Kemaluan
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Apabila seorang lelaki duduk di antara empat cabang perempuan iaitu di antara dua paha dan dua betisnya, kemudian membebaninya iaitu menyetubuhinya maka dia wajib mandi.