Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Aku pernah melayani Rasulullah s.a.w selama sepuluh tahun. Demi Allah, baginda sama sekali tidak pernah mengatakan kepadaku: His! Baginda tidak pernah mengatakan kepadaku kerana sesuatu yang aku lakukan: Kenapa kamu lakukan perkara itu? Tidakkah kamu seharusnya melakukan perkara ini.
