Hadis Anas bin Malik r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Sirin r.a katanya: Anas bin Malik pernah ditanya: Apakah Rasulullah s.a.w mewarnakan rambut iaitu ubannya? Anas bin Malik menjawab: Sesungguhnya beliau belum pernah melihat uban melainkan sedikit.
Hadis Abu Juhaifah r.a: Aku pernah melihat rambut Rasulullah s.a.w yang di sini, berwarna putih. Zuhair memberi isyarat sambil meletakkan sebahagian jari-jarinya di bawah bibir. Salah seorang bertanya kepada Zuhair: Berapakah umur kamu pada waktu itu? Zuhair menjawab: Aku pada waktu itu sudah pandai membuat anak panah dan melekatkan bulu pada panah tersebut.
