Hadis Abi Mas'ud r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Jibril telah turun sembahyang dengan mengimami aku. Lalu aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Baginda menghitung dengan jari baginda semuanya sebanyak lima kali sembahyang.
Hadis Aisyah r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w bersembahyang Asar sedangkan matahari yang menampakkan cahayanya ke bilikku masih belum hilang cahayanya.
