Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlambat mendirikan sembahyang Asar seolah-olah keluarga dan hartanya akan dihilangkan daripadanya.
Hadis Ali r.a katanya: Semasa peperangan Ahzab Rasulullah s.a.w bersabda: Semoga Allah memenuhkan kubur dan rumah-rumah mereka dengan api, sebagaimana mereka telah menahan kami dan menyibukkan kami dari mendirikan sembahyang Asar sehingga terbenam matahari.
