Risalah Fikir (275) Ta'biirul Manaam (22)

Pada tanggal 17 April yang lalu, ana ada menerima surat (email) daripada seorang kawan lama semasa sama-sama di Ohio, USA dahulu. Sebahagian daripada petikan surat itu disalin semula di bawah ini, iaitu:

From: zagh1964@h...
To: jalil@f...
Subject: ta'biirul manaam
Date sent: Tue, 17 Apr 2001 03:30:23 -0000

Assalaamu'alaikum wr wb,

Apa khabar Tuan Haji sekeluarga? Sebenarnya saya nak minta tolong Tuan Haji semak dalam kitab, apa ta'bir mimpi membaca beberapa ayat dari Surah Waqiah lalu terjaga sambil terus membaca beberapa ayat lagi semasa jaga. Sekian. Jazaakallahu khairan katsiiroo.

Wa'alaikumussalaam wrb.,

Alhamdulillah. Sehubungan dengan pertanyaan di atas, berikut dikemukakan petikan daripada Ta'tiirul-Anaam Fii Ta'biiril-Manaam, halaman 237:

Surah Al-Waaqi'ah: Barangsiapa membacanya di dalam tidurnya (yakni di dalam mimpinya) atau sesuatu (sebahagian) daripadanya atau dibacakan ke atasnya di dalam mimpinya, maka telah berkata 'Umar bin Al-Khattab r.a. (mafhuumnya): Bahawa dia tidak menjadi berhajat (membutuhkan) dalam kehidupan dunianya ini (yakni dia tidak menjadi faqir atau miskin di dalam dunia ini) dan dia tidak menyimpang atau tidak sesat dalam (menuju) kepada kehidupan akhiratnya.

Dan ada dikatakan (ada qiil): Bahawa dia termasuk salah seorang daripada para saabiqiin ke syurga.

Dan ada juga qiil: Bahawa sesungguhnya dia adalah aman (tenteram) dari apa yang dia takutkan. Dan dunianya menjadi luas (melimpah-limpah) ke atasnya.

Begitulah kira-kira terjemahan kasarnya. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar...

Wallahu A'lam. Wassalaamu'alaikum wrb. Alfaqiiru ilallah.

Mufrodaat / Perbendaharaan Kata:

  • [1] Saabiq: yang mendahului, yang lebih dahulu, mutaqaddim.
  • [2] Saabiqiin: orang-orang yang terlebih dahulu.
  • [3] Musabaqoh, Munaafasah: kompetisi, kontest, perlumbaan, pertandingan.
  • [4] Ittasa'a: menjadi luas, tawassa'a.
  • [5] Ittasa'amuhammad fii al-kalaam: Muhammad telah berbicara panjang lebar.
  • [6] Sa'ah, wus'ah: keluasan, kelapangan.
  • [7] Sa'ah, wus'ah: hal melimpah-limpah, wafroh.
  • [8] Sa'ah: kekayaan, yasaar, ghinaa.
  • [9] Dzuu sa'ah: yang memiliki kekayaan/keluasan.

Pada tanggal 17 April yg lalu ana ada terima surat (email) drp seorang kawanlama semasa sama2 di Ohio, USA dahulu. Sebahagian drp petikan surat itudisalinkan semula dibawah ini, iaitu :-----------------------------------------------------------------

From: zagh1964@h... To: jalil@f... Subject: ta'biirul manaam Date sent: Tue,17 Apr 2001 03:30:23 -0000

assalaamu'alaikum wr wb

Apa khabar Tn Hj sekeluarga?.................................................................................................................................... Sebenarnyasaya nak minta tolong Tn Hj semak dalam kitab, apa ta'bir mimpi membaca beberapaayat dari surah Waqiah lalu terjaga sambil terus membaca beberapa ayat lagisemasa jaga. Sekian. Jazaakalloohukhoironkatsiiroo______________________________________________________________________

Wa'alaikumussalaam wrb.,

Alhamdulillaah. Sehubungan dgn pertanyaan diatas, berikut dikembarkan petikandrp Ta'tiirul-Anaam Fii Ta'biiril-Manaam, halaman 237:

SUUROH AL-WAAQI'AH : Barangsiapa membacanya di dalam tidurnya (ya'nii didalam mimpinya) atau sesuatu (sebahagian) darinya atau dibacakan keatasnya didalam mimpinya, maka telah berkata 'Umar bin Al-Khottoob r.a. (mafhuumnya) :Bahawa dia tidak menjadi berhajat (membutuhkan) di dalam kehidupan dunianya ini(ya'nii dia tidak menjadi faqiir atau miskiin di dalam dunia ini) dan dia tidakmenyimpang atau tidak sesat dalam (menuju) kepada kehidupan akhirotnya.

Dan ada dikatakan (ada qiil) : Bahawa dia termasuk salah seorang daripadapara saabiqiin ke syurga.

Dan ada juga qiil : Bahawa sesungguhnya dia adalah aman (tenteram) dari apayang dia takutkan. Dan dunianya menjadi luas (melimpah2) ke atasnya.

Begitulah kira2 terjemahan kasarnya. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar...

Walloohu A'lam. Wassalaamu'alaikum wrb. Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT / PERBENDAHARAAN KATA :

[1] SAABIQ : yg mendahului, yg lebih dahulu, MUTAQODDIM. [2] SAABIQIIN :orang2 yg terlebih dahulu. [3] MUSAABAQOH, MUNAAFASAH : kompetisi, kontest,perlumbaan, pertandingan. [4] ITTASA'A : menjadi luas, TAWASSA'A. [5] ITTASA'AMUHAMMAD FII AL-KALAAM : Muhammad telah berbicara panjang lebar. [6] SA'AH,WUS'AH: keluasan, kelapangan. [7] SA'AH, WUS'AH : hal melimpah2, WAFROH. [8]SA'AH : kekayaan,YASAAR, GHINAA. [2] DZUU SA'AH : yg memiliki kekayaan/keluasan.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my