Pengajaran

Oleh 341
2002-07-31 09:24:14

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Mungkin ada yang pernah terbaca mengenai kes ini, cuma wife paparkan khas buat mereka2 yg masih belum membacanya...

#####################################################

"BANG! saya minta tolong!" Termengah-mengah lelaki itu di depan pintu rumah saya. "Tolong apa? Masuklah dulu" saya mempelawanya masuk. "Nak cepat bang,tolonglah!" Rayunya lagi.Dia kelihatan kelam kabut dan saya juga hairan bagaimana dia tahu rumah saya. "Nak cakap pun tak guna bang'abang ikut saya,"kata lelaki itu sangat cemas,saya juga merasa hairan tetapi terpaksa mengikut lelaki berkenaan kerana dia meminta bantuan saya.

Lelaki muda itu terus memandu keretanya. Kami menghala ke utara tanah air,sepanjang perjalanan tidak banyak dibualkan,saya pun tidak mahu bertanya apa-apa.Saya dapat
merasakan lelaki berkenaan memang menghadapi masalah besar tetapi saya tidak tahu apakah masalah sebenarnya. Perjalanan diteruskan kami melepasi tol demi tol menghala ke utara.kebetulan hari itu kereta tidak begitu banyak,perjalanan kami pun menjadi lebih lancar sambil pemuda memecut keretanya.Saya faham,kalau boleh dia mahu sampai cepat tetapi sebagai manusia
harus banyak bersabar dan saya mengingatkan agar dia memandu agar mengikut had yang dibenak oleh undang-undang.

Setelah empat jam perjalanan kami pun sampai ke kampung pemuda tersebut setelah melalui jalan yang agak kecil dan melepasi beberapa selekoh kami pun sampai ke rumah yang di tuju. "Bang,kakak saya bermasalah," tiba-tiba pemuda itu memecahkan kesunyian.Saya lihat orang ramai memenuhi kawasan sebuah rumah,seolah-olah ada kenduri.Di halaman rumah itu dipenuhi orang ramai,saya yakin mereka datang dari jauh dan dekat. Pemuda itu membawa saya melalui celah-celah orang ramai terus kerumah. Di rumahnya juga dipenuhi orang tetapi saya tidak nampak tanda-tanda kenduri-kendara atau kematian."Masuklah,"pemuda itu mempelawa saya masuk dalam bilik tidur.

Saya terkejut apabila melihat seorang perempuan muda dan
seorang lelaki melekat tetapi ketika itu badannya telah ditutup dengan kain hanya bahagian kepala mereka sahaja yang kelihatan.Kedua-duanya berada dalam keadaan mengereng.Saya diberitahu mereka telah melekat selama dua hari dan berada dalam keadaan begitu sejak kejadian memalukan berlaku. Bahagian sulit kedua-duanya bagaikan digam, sebati tidak boleh ditanggalkan dengan apa cara pun,Sebelum itu pelbagai usaha telah dilakukan oleh bidan kampung. Puas bidan itu menarik untuk memisahkan pasangan tersebut tetapi gagal. Bahagian sulit keduanya seolah-olah bercantum tidak boleh ditanggalkan.

Apabila ditarik, mereka menjerit kesakitan usaha tersebut
terpaksa dihentikan. Kedua-duanya kelihatan sangat letih, muka mereka pucat lesi kebiruan. Saya minta semua orang berkenaan keluar dari bilik tersebut. Yang tinggal hanya bapa perempuan itu dan suaminya yang baru diberitahu hal ini dia pulang serta merta. Ketika kejadian itu dia bertugas di Malaysia Timor.

Suaminya berdiri tercegat tidak memerhati isterinya yang
melekat. Dia hanya memandang siling rumah. Saya faham perasaan suaminya, dia sedang menahan marah, begitu juga keluarga perempuan tersebut.

"Saya nak beritahu, kalau ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap salah seorang dari mereka bagaimana?" Tanya saya.

"Kami rela, asalkan mereka dapat dipisahkan," jawab bapa perempuan itu. "kalau begitu tak apalah, saya cubalah membantu apa yang boleh" kata saya.

Saya pun tepuk punggung lelaki tersebut. Dengan izin Allah
sekali tepuk saja pasangan yang melekat itu terpisah. Malangnya, lelaki kasanova tersebut meninggal dunia kerana buah zakarnya pecah setelah dua hari melekat dalam bahagian sulit perempuan itu. Setelah tercabut, darah keluar dari bahagian sulit perempuan tersebut kerana rahimnya luka. Saya meminta saudara maranya mencari sejenis daun yang boleh dijadikan ubat penahan darah.

Sebaik kemaluan lelaki itu tercabut, suami perempuan tersebut terus menceraikan isterinya dengan talak tiga di hadapan kami dan dia tidak memandang muka isterinya.

"Aku ceraikan engkau dengan talak tiga," suaminya terus meninggalkan kami. Saya perhatikan 'belalai' lelaki yang meninggal dunia itu memang besar. Biasalah kalau lelaki jenis ini ganas seks dia tidak mengira siapa kalau ada peluang walaupun isteri orang. Lelaki tersebut bukan
orang biasa, dia juga pegawai sebuah agensi kerajaan.

Inilah akibat isteri berlaku curang terhadap suami yang 'berisi'
rupa-rupanya suami tersebut mempunyai ilmu mengunci isterinya kerana dia selalu bekerja di luar kawasan berbulan-bulan lamanya. Ada kalanya dia tidak pulang ke rumah selama enam bulan, isterinya seorang perempuan cantik mempunyai dua orang cahaya mata. Dia mempunyai ilmu mengunci isteri ini tanpa pengetahuan isterinya.

Ilmu kunci ini pasti melekat, kalau isterinya berlaku curang
itulah yang terjadi tidak boleh ditanggalkan sekiranya tidak ada siapa tahu bagaimana hendak membukanya. Kejadian yang berlaku pada tahun 1987 adalah pengalaman yang sukar dilupakan. Kecurangan isterinya tersebut bukan sahaja hampir meragut nyawanya tetapi harus dijadikan ikhtibar oleh semua orang supaya jangan melakukan perbuatan yang dilarang ALLAH kerana setengah balasan akan diterima di
dunia.


Kerana kehidupan ini bebas untuk memilih,
lalu pilihlah nilainya..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my