Risalah Fikir (276) 40 Tahun Tidak Pernah Memiliki 2 Helai Baju

Mari kita hayati betapa zuhudnya orang-orang salih dahulu. Telah berkata Ibnu Hubaiq rahimahullah: "Aku telah mendengar Yusuf bin Asbat rahimahullah menerangkan:

LII ARBA'UUNA SANATAN MAA MALAKTU QOMIISOIN!!!

[Pengertiannya: BAGIKU SELAMA 40 TAHUN TIDAK PERNAH MEMILIKI 2 HELAI BAJU!!!].

Begitulah terjemahan kasar, dari Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rahimahullah, mujallad 4, muka surat 263.

Itulah antara bintang kita. Tempoh 40 tahun bukanlah sekejap. Kalaulah dikira dari usia 18 tahun, bererti selepas 40 tahun, usia beliau menjadi 58 tahun! Itu baru ditinjau dari segi baju/pakaian. Tentulah tidak kurang hebatnya (dari segi kezuhudan dan keruhanian) bila ditinjau dari segi tempat tinggal, jenis makanan, dan segala keperluan yang lain.

Orang-orang yang seperti inilah benar-benar telah memahami akan erti dunia dan kepalsuannya, akan erti dunia dan gurau sendanya, akan erti dunia dan tipu dayanya...

Orang-orang yang seperti inilah yang benar-benar menjiwai akan nilai-nilai keruhanian dan nilai-nilai akhirat.

Kita pula bagaimana? Dalam tempoh 40 tahun itu, bagaimana dengan baju-baju dan pakaian-pakaian kita? Bagaimana dengan segala kemewahan yang lain pula? Aduhai... Malah sampai saat ini, usaha untuk menimbunkan segala bentuk kebendaan tidak henti-henti lagi, malah usaha dan fikir kita ke arah itu setiap saat terus meningkat... wawasan demi wawasan diadakan untuk mencapai tahap-tahap ketinggian dan penimbunan kebendaan itu!!! Aduhai...

ROBBI FALAA TAJ'ALNII FIL-QOUMIZZOOLIMIIN!!

Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alfaqiiru ilallah.

Mufrodat:

  • [1] MILK: milik, kepunyaan; kj: AMLAAK.
  • [2] DZAWIL-AMLAAK: orang-orang yang berada, hartawan.
  • [3] MILKUT-TORIIQ: tengah jalan; WASATUT-TORIIQ.

Mari kita hayati betapa zuhudnya orang2 solih dahulu....

Telah berkata Ibnu Hubaiq roh.a. : Aku telah mendengar Yuusuf bin Asbaatroh.a. menerangkan :

LII ARBA'UUNA SANATAN MAA MALAKTU QOMIISOIN !!!

[Pengertiannya : BAGIKU SELAMA 40 TAHUN TIDAK PERNAH MEMILIKI 2 HELAI BAJU!!!].

Begitulah terjemahan kasar, dari Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al- 'AalimJamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 4, muka surat 263.

Itulah antara bintang kita .... Tempoh 40 tahun bukanlah sekejap. Kalaudikira drp usia 18 tahun, berma'na selepas 40 tahun, usia beliau menjadi 58tahun ! Itu baru ditinjau dari segi baju/pakaian. Tentulah tidak kurang hebatnya(dari segi kezuhudan dan keruhanian) bila ditinjau dari segi tempat tinggal,jenis makanan, dan segala keperluan yg lain2.

Orang2 yg seperti inilah benar2 telah memahami akan erti dunia dankepalsuannya, akan erti dunia dan gurausendanya, akan erti dunia dan tipudayanya...

Orang2 yg seperti inilah yg benar2 menjiwai akan nilai2 keruhanian dan nilai2akhirot.

Kita pula bagaimana ? Dalam tempoh 40 tahun itu, bagaimana dengan baju2 danpakaian2 kita ? Bagaimana dgn segala kemewahan yg lain2 pulak ? Aduhai.....Malah sampai sa'at ini, usha untuk menimbun2kan segala bentuk kebendaan tidakhenti2 lagi, malah usha dan fikir kita kearah itu setiap sa'at terus meningkat.....wawasan demi wawasan diadakan untuk mencapai tahap2 ketinggian dan penimbunankebendaan itu !!! Aduhai....

ROBBI FALAA TAJ'ALNII FIL-QOUMIZZOOLIMIIN !!

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikumwrb., Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] MILK : milik, kepunyaan, kj: AMLAAK. [2] DZAWIL-AMLAAK : orang2 yg berada,hartawan. [3] MILKUT-TORIIQ : tengah jalan, WASATUT-TORIIQ.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my