Risalah Fikir (259) Fudhuul Oh Fudhuul

Telah berkata `Abdus bin Al-Qoosim rahimahullah: Aku telah mendengar Sariyy Saqtiyy rahimahullah menjelaskan (mafhuumnya):

SETIAP DUNIA ITU ADALAH FUDHUUL (LEBIHAN HARTA, YANG LEBIH DARIPADA KEPERLUAN, THAT WHICH IS SUPERFLUOUS, REDUNDANT OR IN EXCESS, A SURPLUS, OVERPLUS, SUPERFLUITY, DAN SEBAGAINYA) KECUALI 5 PERKARA:

  • (1) Roti yang mengenyangkan;
  • (2) Air yang menghilangkan dahaganya;
  • (3) Pakaian yang menutupinya;
  • (4) Tempat tinggal yang didiami (yang memberikan sedikit keredaan);
  • (5) Ilmu yang mana dia gunakannya/berbuat dengannya (ber'amal dengannya).

Begitulah petikan (terjemahan kasar) daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imam Al-`Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rahimahullah, mujallad 2, halaman 375.

Dan itulah standard dan rujukan bagi mereka yang tersangat dekat dengan Allah swt, bagi mereka yang memilih akhirat daripada dunia, bagi mereka yang berusaha untuk benar-benar menghayati kehidupan dan perjalanan Rasulullah saw dan para Sahabat rahimahumullah.

Kembali kepada kehidupan kita hari ini:

Roti dan makanan-makanan yang lain sebenarnya telah mencapai peringkat fudhuul…!! Air dan segala minuman yang lain telah mencapai peringkat fudhuul…!! Apa lagi pakaian (dengan segala bentuk fesyen dan pertukaran/persalinan, ada antara kita setiap hari bertukar pakaian, menghadiri itu lain pakaiannya, menghadiri ini lain lagi pakaiannya), jelas telah mencapai peringkat fudhuul…!!! Apa lagi dengan tempat tinggal (penuh kemewahan dan segala perabot yang canggih-canggih) telah mencapai peringkat fudhuul…!!! Dan yang terpaling parah, ilmu yang tidak dapat diamalkan, ini juga merupakan fudhuul…!!!!

Segala yang tidak fudhuul pun akan dihisab, apatah lagi dengan yang fudhuul!!! Sehubungan dengan ini perhatikan penjelasan seorang sahabat Nabi saw berikut ini:

Telah berkata Abu Dzarr rahimahullah: INNA SOOHIBAD-DIRHAMI YAUMAL-QIYAAMATIAKHAFFU MIN SOOHIBID-DIRHAMAINI!! [Pengertiannya: SESUNGGUHNYA ORANG YANG MEMILIKI SATU DIRHAM ITU PADA HARI QIYAAMAT NANTI ADALAH LEBIH RINGAN DARIPADA ORANG YANG MEMILIKI DUA DIRHAM!!]

Dengan lain perkataan… orang yang memiliki RM1000 itu lebih ringan dalam menghadapi hari Mahsyar nanti jika dibandingkan dengan orang yang memiliki RM1001!! Yang pasti, yang halal akan dihisab dan lebih-lebih lagilah yang syubhat dan yang haram.

Dan ilmu yang tidak diamalkan pun juga merupakan fudhuul… dan inilah yang sangat ditakuti oleh Para Sahabat rahimahumullah dan oleh orang-orang yang mengikuti mereka (para Taabi'in dan Taabi'ut-Taabi'in rahimahumullah). Ada antara mereka yang berkata (mafhuumnya): Yang paling aku takuti adalah bila ditanya (di akhirat nanti) "ADAKAH KAMU BER'AMAL DENGAN APA YANG KAMU TAHU?". Dan ada riwayat (hadith) yang menjelaskan (seperti telah kita sama-sama maklumi) bahawa di padang Mahsyar nanti tidak bergerak tapak-tapak kaki anak Adam sehingga ditanya beberapa perkara, antara lain: 'AN 'ILMIHI MAA FA'ALA (TENTANG ILMUNYA, ADAKAH DIA BER'AMAL MENURUT YANG DIATAHU?).

Kembali lagi sekali kepada kita (termasuk saya sendirilah ini…):

Setiap hari FUDHUUL bertambah atas bahu kita… lantaran usaha harian dan kerjaya kita berlegar sekitar mencari fudhuul! Hak fudhuul yang lalu belum tertunai lagi, datang lagi fudhuul yang baru, dan datang lagi fudhuul yang baru….

Seumpama (maaf kiranya perumpamaan ini terlalu kasar) seekor baghol yang sedang memikul barang yang sangat banyak, sampai terduduk baghol itu kerana beratnya barang yang dipikul itu, tapi yang anehnya beban ditambahkan lagi ke atas belakang si baghol itu, dan ditambahkan lagi, dan ditambahkan lagi… (sampai mati?)… aduhai malangnya si baghol itu!!!

Apa kata antum?

Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar… Wallahu A'lam. Wassalamu'alaikum wrb. Alfaqiiru ilallah.

Telah berkata `Abdus bin Al-Qoosim roh.a. : Aku telah mendengar SariyySaqtiyy roh.a. menjelaskan (mafhuumnya) :

SETIAP DUNIA ITU ADALAH FUDHUUL (LEBIHAN HARATA, YANG LEBIH DRP KEPERLUAN,THAT WHICH IS SUPERFLUOUS, REDUNDANT OR IN EXCESS, A SURPLUS, OVERPLUS,SUPERFLUITY, DSBNYA) KECUALI 5 PERKARA :

(1) ROTI YANG MENGENYANGKANNYA DAN (2) AIR YANG MENGHILANGKAN DAHAGANYA DAN(3) PAKAIAN YG MENUTUPINYA DAN (4) TEMPAT-TINGGAL YG DIDIAMI (YG MEMBERIKANSEDIKIT KEREDAAN) DAN (5) `ILMU YG MANA DIA GUNAKANNYA/BERBUAT DGNYA (BER'AMALDENGANNYA).

Begitulah petikan (terjemahan kasar) drp Sifah As-Sofwah, susunan Al- ImaamAl-`Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al_jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman375.

Dan itulah standard dan rujukan bagi mereka yang tersangat dekat denganAllooh sawt, bagi mereka yang memilih akhirot daripada dunia, bagi mereka yangberusha untuk benar2 menghayati kehidupan dan perjalanan Rosuulullooh saw danpara Sahabat r.a.

Kembali kepada kehidupan kita hari ini :

Roti dan makanan2 yg lain sebenarnya telah mencapai peringkat fudhuul…………!!Air dan segala minuman yg lain telah mencapai peringkat fudhuul……………!!Apa lagi pakaian (dgn segala bentuk fesyen dan pertukaran / persalinan, adaantara kita setiap hari bertukar pakaian, menghadhiri itu lain pakainnyamenghadhiri ini lain lagi pakaiannya), jelas telah mencapai peringkat fudhuul………!!! Apa lagi dgn tempat-tinggal (penuh kemewahan dan segala perabot ygcanggih2) telah mencapai peringkat fudhuul ……!!! Dan yang terpaling parah, `ilmuyang tidak dapat diamalkan, ini juga merupakan fudhuul…..!!!!

Segala yang tidak fudhuul pun akan dihisab, apa lagi dgn yg fudhuul !!!Sehubungan dengan ini perhatikan penjelasan seorang sahabat Nabi saw berikut ini:

Telah berkata Abuu Dzarr r.a. : INNA SOOHIBAD-DIRHAMI YAUMAL- QIYAAMATIAKHAFFU MIN SOOHIBID-DIRHAMAINI !! [Pengertiannya : SESUNGGUHNYA ORANG YGMEMILIKI SATU DIRHAM ITU PADA HARI QIYAAMAT NANTI ADALAH LEBIH RINGAN DRP ORANGYG MEMILIKI DUA DIRHAM !!]

Dengan lain perkataan ….orang yg memiliki RM1000 itu lebih ringan dalammenghadapi hari Mahsyar nanti jika dibandingkan dgn orang yg memilki RM1001 !!Yang pasti, yang halaal akan dihisab dan lebih2 lagilah yg syubhat dan yg haroom.

Dan `ilmu yg tidak diamalkan pun juga merupakan fudhuul……dan inilah yangsangat ditakuti oleh Para Sahabat r.a. dan oleh orang2 yg mengikuti mereka (paraTaabi'iin dan Taabi'ut-Taabi'iin r.a.). Ada antara mereka yg berkata (mafhuumnya): Yang paling aku takuti adalah bila ditanya (diakhirot nanti) "ADAKAHKAMU BER'AMAL DGN APA YG KAMU TAHU ?" . Dan ada riwayat (hadith) ygmenjelaskan (seperti telah kita sama2 ma'lumi) bhw di padang Mahsyar nanti tidakbergerak tapak2 kaki anak Adam sehingga ditanya beberapa perkara, antara lain :`AN `ILMIHI MAA FA'ALA (TENTANG `ILMUNYA, ADAKAH DIA BER'AMAL MENURUT YANG DIATAHU ?).

Kembali lagi sekali kpd kita (termasuk saya sendirilah ni….):

Setiap hari FUDHUUL bertambah atas bahu kita….. lantaran usha harian dancareer kita berlegar sekitar mencari fudhuul ! Hak fudhuul yg lalu belumtertunai lagi, datang lagi fudhuul yg baru, dan datang lagi fudhuul yg baru…..

Seumpama (ma'af kiranya perumpamaan ini terlalu kasar) seekor baghol ygsedang memikul barang yg sangat banyak, sampai terduduk baghol tu dik keranaberatnya barang yg dipikul itu, tapi yang anihnya beban ditambahkan lagi ke atasbelakang si baghol tu, dan ditambahkan lagi, dan ditambahkan lagi…(sampai mati?)………aduhai malangnya sibaghol itu !!!

Apa kata antum ?

Semoga kita sama2 kita mengambil i'tibaar… Walloohu A'lam.Wassalaamu'alaikum wrb Alfaqiiru ilallooh.

Masuka :

[1] FUDHUUL : yg lebih drp keperluan. [2] FUDHUULIYY : orang yg mencampuriurusan orang lain.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my