Berdepan Sakaratulmaut

Oleh jebatadil
2002-07-31 09:50:28
Imam Abu Jaafar Bin Muhamad Al-Kutubi sewaktu nazak diajar orang supaya mengucap. Setiap kali diajar mengucap, dia menyebut perkataan "lak, lak, lak' yang bererti "tidak, tidak, tidak'. Orang berasa hairan mengapa pula seorang ulama besar sepertinya tidak mahu mengikut ucapan kalimah syahdah!

Apabila beliau tersedar dari nazaknya, orang orang kelilingnya bertanya, mengapa beliau tadinya tidak mahu menyahut ketika disuruh mengucap, sebaliknya berkata "tidak, tidak, tidak'...... setiap kali diajar mengucap.

Jawabnya, "ketika itu aku didatangi dua ekor syaitan. Satu disebelah kanan dan satu di sebelah kiri. Yang satu berkata matilah kamu dalam keadaan yahudi dan satu lagi berkata matilah kamu dalam keadsaan nasrani. Maka aku kata pada kedua-duanya: "tidak, tidak, tidak. Jelasnya.

Imam itu berkata 'tidak bukan berertinya beliau tidak mahu mengucap, tetapi beliau tengah berperang dengan dua syaitan yang hendak memesongkan agama dan akidahnya.
Akan ku juangkan ISLAM hingga ke akhir hayat ku..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my