Risalah Fikir (267) Al-qoriin As-soolih

Yuusuf bin Al-Hasan rohimahullah telah berkata:

BI SUHBATIS-SOOLIHIINA TATIIBUL-HAYAATU WAL-KHOIRU MAJMUU'UN FIL-QORIINIS-SOOLIHI IN NASIITA DZKKAROKA WA IN DZAKARTA A'AANAKA !!

[Pengertiannya kira-kira: MENERUSI PERSAHABATAN DENGAN PARA SOOLIHIIN, BAHAGIALAH KEHIDUPAN INI DAN KEBAIKAN ITU ADALAH DIKUMPULKAN DI DALAM QORIIN (TEMAN/KAWAN) YANG SOOLIH. ANDAIKATA ENGKAU TELAH LUPA, MAKA DIA MENGINGATKAN ENGKAU; DAN ANDAIKATA ENGKAU TELAH INGAT, MAKA DIA MENOLONG ENGKAU!!]

Begitulah kira-kira terjemahan kasar dari Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rohimahullah, mujallad 4, halaman 315 & 316.

Antara kesimpulan / huraian / i'tibaar...

  • [1] Kehidupan yang bahagia-baik-manis (hayaatun toyyibah) diperoleh menerusi persahabatan dengan para soolihiin. Tentulah para soolihiin dalam erti kata yang sebenarnya.... Pertanyaan: Adakah kita semua telah benar-benar mengadakan persahabatan (tentulah dengan adab-adab persahabatan itu sendiri) dengan para soolihiin?
  • [2] Disebabkan kebaikan itu terkumpul pada al-qoriin as-soolih (teman/kawan yang soolih), maka tidak dapat tidak, untuk kita memperoleh kebaikan itu, terpaksalah kita mempunyai teman yang soolih. Menerusi teman yang soolih inilah, maka peningkatan dalam agama pada diri kita akan berlaku dari tahap ke tahap insyaAllah. Ini sesuai dengan maksud hadis:

SESEORANG ITU (MENGIKUT ATAU BERADA) DI ATAS AGAMA DIIN KAWAN YANG DIA KASIHI ATAU KHOLIIL-NYA (AL-MAR-U 'ALAA DIINI KHOLIILIH).

  • Pertanyaan: Adakah kita mempunyai kholiil yang soolih?

[3] AL-QORIIN AS-SOOLIH (teman yang soolih itu) antara lain mempunyai ciri-ciri seperti berikut: (a) Kalau kita lupa dan lalai daripada (perintah) Allah swt, maka dia akan memberikan peringatan/teguran/nasihat kepada kita. (b) Kalau kita terus maju dalam ketaatan kepada Allah swt, maka dia akan terus membantu kita supaya kita terus lebih maju lagi.

  • Pertanyaan: Setakat ini, pernahkah kita mempunyai al-qoriin as-soolih itu? Atau kawan kita hanya biasa-biasa saja, iaitu tidak mencapai tahap soolih yang sebenarnya? Yang pasti: kita sendiri pun belum mencapai tahap soolih!

ALLOOHUMMA AL-HIQNAA BIS-SOOLIHIIN!!! [YA ALLOOH, GABUNGKANLAH DAKU DENGAN PARA SOOLIHIIN!!!]

ALLOOHUMMAR-ZUQNAA SUHBATAS-SOOLIHIIN!!! [YA ALLOOH, REZEQIKANLAH KAMI AKAN (TAUFIIQ) UNTUK BERSAHABAT DENGAN PARA SOOLIHIIN!!!]

Walloohu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikum wrb. Alfaqiiru ilallah.

MUFRODAAT:

  • [1] SUHBAH: persahabatan
  • [2] QORIIN: kawan, teman.
  • [3] QORIIN SOOLIH: seorang teman yang soolih.

Yuusuf bin Al-Hasan roh.a. telah berkata :

BI SUHBATIS-SOOLIHIINA TATIIBUL-HAYAATU WAL-KHOIRU MAJMUU'UN FIL-QORIINIS-SOOLIHI IN NASIITA DZKKAROKA WA IN DZAKARTA A'AANAKA !!

[Pengertiannya kira2 : MENERUSI PERSAHABATAN DENGAN PARA SOOLIHIIN MAKAMANISLAH(BAHAGIALAH,BAIKLAH)KEHIDUPAN INI. DAN KEBAIKAN ITU ADALAHDIKUMPULKAN(COLLECTED, GATHERED)DI DALAM QORIIN (TEMAN / KAWAN)YANG SOOLIH,ANDAIKATA ENGKAU TELAH LUPA MAKA DIA MENGINGATKAN (MEMBERIKAN PERINGATAN /MENASIHATI) AKANDIKAU DAN ANDAIKATA ENGKAU TELAH INGAT / MENGERTI MAKA DIAMENOLONG AKANDIKAU !!].

Begitulah kira2 terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, susunan Al- Imaam Al-'AalimJamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 4, halaman 315 &316.

Antara kesimpulan / huraian / i'tibaar...

[1] Kehidupan yg bahagia-baik-manis (hayaatun toyyibah) diperolehi menerusipersahabatan dgn para soolihiin. Tentulah para soolihiin dalam ertikata ygsebenarnya.... Pertanyaan : Adakah kita semua telah benar2 mengadakanpersahabatan (tentulah dgn adab2 persahabatan itu sendiri) dgn para soolihiin ?

[2] Dik kerana kebaikan itu terkumpul pada al-qoriin as-soolih (teman / kawanyg soolih), maka tidak dapat tidak , untuk kita memperolehi kebaikan ituterpaksalah kita mempunyai teman yg soolih. Menerusi teman yg soolih inilah makapeningkatan dalam agama pada diri kita akan berlaku dari tahap ke tahapinsyaAllooh. Ini sesuai dgn maksud hadis :

SESEORANG ITU (MENGIKUT ATAU BERADA) DI ATAS AGAMA / DIIN KAWAN YG DIA KASIHATAU KHOLIIL-NYA (AL-MAR-U 'ALAA DIINI KHOLIILIH).

Pertanyaan : Adakah kita mempunyai kholiil yg soolih ?

[3]AL-QORIIN AS-SOOLIH (teman yg soolih itu) antara lain mempunyai ciri-ciriseperti berikut : (a)Kalau kita lupa dan lalai daripada (perintah) Allooh swt (mithalnya),maka dia akan memberikan peringatan /teguran / nasihat kepada kita. (b)Kalaukita terus maju dalam keto'atan kepada Allooh swt (mithalnya), maka dia akanterus membantu kita supaya kita terus lebih maju lagi.

Pertanyaan : Setakat ini, pernahkah kita mempunyai al-qoriin as- soolih itu ?Atau kawan kita hanya biasa-biasa saja ya'nii tidak mencapai tahap soolih ygsebenarnya ? Yg pasti : kita sendiri pun belum mencapai tahap soolih !

ALLOOHUMMA AL-HIQNAA BIS-SOOLIHIIN !!! [YA ALLOOH, GABUNGKANLAH DAKU DGN PARASOOLIHIIN !!!]

ALLOOHUMMAR-ZUQNAA SUHBATAS-SOOLIHIIN !!! [YA ALLOOH, REZEQIKANLAH KAMI AKAN(TAUFIIQ) UNTUK BERSAHABAT DGN PARA SOOLIHIIN !!!]

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikumwrb. Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT:

[1] SUHBAH : persahabatan [2] QORIIN : kawan, teman.

[3] QORIIN SOOLIH : seorang teman yg soolih.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my