Ta'biirul-Manaam terus bersama kita...
Berikut adalah petikan daripada Ta'tiirul-Anaam Fii Ta'biiril-Manaam, halaman 260, mafhumnya kira-kira:
SYAHIID: Seorang syahiid daripada para syuhadaa'. Barang siapa melihat dalam mimpinya akan seorang syahiid dan bahawasanya ia adalah hidup, maka (ini bermakna) dia menghayati kehidupan sunnahnya dan toriiqotnya. Dan ada qiil: Barang siapa melihat seorang yang syahiid yang hidup di dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia adalah seorang yang sedang bertaqarrub kepada Allah SWT.
Dan daripada halaman 203, mafhumnya kira-kira:
SA'II DI ANTARA SOFAA DAN MARWAH: Ber sa'ii di antara Sofaa dan Marwah di dalam mimpi menunjukkan kepada kebaikan diri yang ada perpisahan (solaahudzaatil-bain). Dan barangkali sekiranya ia seorang simsaar (orang tengah), maka nescaya adil ia pada ucapannya, atau adil ia di antara (terhadap) dua isterinya atau adil ia di antara (terhadap) dua anaknya. Dan kiranya si yang bermimpi itu adalah seorang yang sedang sakit, nescaya sembuh ia dari sakitnya itu dan berusaha ia mencari akan rezeki.
Begitulah kira-kira terjemahan kasarnya. Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wassalaamu'alaikum wrb., Alfaqiiru ilallah.
Masuka...
[1] SIMSAAR: orang tengah, dalal, makelar, broker, jobber, middleman, agent. [kj: SAMAASIROH, SAMAASIIR, SAMAASIR]. [2] SIMSAARUL-ASHUM: stockbroker. [3] SIMSAARU BUURSOH: agen penjual saham.
