Risalah Fikir (266): Salah Satu Cara Mendapatkan Halaawah Semasa Membaca Al-qur'an

Ahmad bin Tha'labah rohimahullah berkata: Daku telah mendengar Salm Al-Khowwaas rohimahullah menerangkan (mafhuumnya):

DAKU TELAH MEMBACA AL-QUR'AN TAPI AKU TIDAK MENDAPATI PADANYA AKAN SUATU KEMANISAN (HALAAWAH). MAKA DAKU PUN TELAH BERKATA KEPADA DIRIKU SENDIRI: BACALAH AKANDIA (DALAM KEADAAN) SEAKAN-AKAN KAMU MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADA RASULULLAH SAW! (DAKU PUN BERBUAT DEMIKIAN) MAKA DATANGLAH SEDIKIT KEMANISAN. DAKU PUN BERKATA LAGI KEPADA DIRIKU SENDIRI: BACALAH AKANDIA (DALAM KEADAAN) SEAKAN-AKAN KAMU MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADA JIBRIL YANG SEDANG MEMBERITAHU KEPADANYA AKAN NABI SAW! (DAKU PUN BERBUAT DEMIKIAN) MAKA BERTAMBAH LAGI AKAN KEMANISAN ITU. KEMUDIAN DAKU PUN BERKATA LAGI KEPADA DIRIKU SENDIRI: BACALAH AKANDIA (DALAM KEADAAN) SEAKAN-AKAN KAMU TELAH MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADANYA (YA'NI DARIPADA ALLAH SWT) TATKALA DIA (SWT) SEDANG BERBICARA MENERUSINYA. (DAN DAKU PUN BERBUAT DEMIKIAN) LALU DATANGLAH KEMANISAN SELURUHNYA.

Begitulah kira-kira terjemahan kasar daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rohimahullah, mujallad 4, halaman 274.

Semoga dengan panduan yang sedikit di atas, kita juga dapat merasakan kemanisan dalam membaca Al-Qur'an. Ya, Al-Qur'an adalah kalam Allah, jadi bila kita membaca Al-Qur'an selayaknya (seolah-olah) kita sedang mendengar daripada-Nya tatkala Dia sedang berbicara menerusinya.

Dan sudah tentulah banyak lagi tertib lain yang perlu diusahakan dalam memperoleh kemanisan membaca Al-Qur'an...

Keadaan kita: Bila tengah segar badan, lalu membaca Al-Qur'an..... belum sempat beberapa ayat atau 'ain atau helai, dah mula ngantuk! Begitulah betapa lemahnya keimanan kita dan betapa kita tidak diberikan (taufiq) kemanisan dalam membaca Al-Qur'an. Tapi kalau membaca akhbar, (apa lagi kalau mengenai isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan), mata yang dah kuyu pun akan segar kembali! Dan tentu mata kita akan bertambah segar lagi bila melihat gambar-gambar yang ......(sama-sama al-ma'lumlah)....

Begitulah teruknya dan rosaknya jiwa dan kerohanian kita!!! Bagaimanapun, semoga Allah SWT sentiasa memberikan keampunan buat kita!

Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alfaqiiru ilallah.

MUFRODAAT:

  • [1] HALAAWAH: kemanisan
  • [2] SULWAH: kesenangan, LAHW.
  • [3] HUWA FII SULWATIN MINAL-'AISY: Dia berada dalam kehidupan yang senang.

Ahmad bin Tha'labah roh.a. berkata: Daku telah mendengar Salm Al- Khowwaasroh.a. menerangkan (mafhuumnya) :

DAKU TELAH MEMBACA AL-QURAAN TAPI AKU TIDAK MENDAPATI PADANYA AKAN SUATUKEMANISAN (HALAAWAH). MAKA DAKU PUN TELAH BERKATA KEPADA DIRIKU SENDIRI :BACALAH AKANDIA (DALAM KEADAAN) SEAKAN2 KAMU MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADAROSUULULLOOH SAW ! (DAKU PUN BERBUAT DEMIKIAN) MAKA DATANGLAH SEDIKIT KEMANISAN.DAKU PUN BERKATA LAGI KEPADA DIRIKU SENDIRI : BACALAH AKANDIA (DALAM KEADAAN)SEAKAN2 KAMU MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADA JIBRIIL YANG SEDANG MENGKHOBARKANDENGANNYA AKAN NABI SAW ! (DAKU PUN BERBUAT DEMIKIAN) MAKA BERTAMBAH LAGI AKANKEMANISAN ITU. KEMUDIAN DAKU PUN BERKATA LAGI KEPADA DIRIKU SENDIRI : BACALAHAKANDIA (DALAM KEADAAN) SEAKAN2 KAMU TELAH MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADANYA (YA'NIIDARIPADA ALLOOH SWT)TATKALA DIA (SWT)SEDANG BERKATA2 MENERUSINYA . (DAN DAKU PUNBERBUAT DEMIKIAN)LALU DATANGLAH KEMANISAN SELURUHNYA.

Begitulah kira2 terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, susunan Al- Imaam Al-'AalimJamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 4, halaman 274.

Semoga dengan panduan yg sedikit di atas, kita juga bisa merasakan kemanisandalam membaca Al-Quraan. Ya, Al-Quraan adalah kalaamullooh, jadi bila kitamembaca Al-Quraan selayaknyalah (seolah2)kita sedang mendengar daripadaNyatatkala Dia sedang berbicara menerusinya.

Dan sudah tentulah banyak lagi tertib2 lain yang perlu diushakan dalammemperolehi kemanisan membaca Al-Quraan...

Keadaan kita : Bila tengah segar2 badan, lalu membaca Al-Quraan..... belumsempat beberapa ayat atau 'ain atau helai, dah mula ngantuk ! Begitulah betapalemahnya keimanan kita dan betapa kita tidak diberikan (taufiiq)kemanisan didalam membaca Al-Quraan. Tapi kalau membaca akhbaar, (apa lagi kalau mengenaiisu2 semasa yg sedang hangat diperkatakan), mata yg dah kuyu pun akan segarkembali ! Dan tentu mata kita akan bertambah segar lagi bila melihat gambar2yang ......(sama2 alma'lumlah)....

Begitulah teruknya dan rosaknya jiwa dan keruhanian kita !!! Bagaimana pun,semoga Allooh swt sentiasa memberikan keampunan buat kita !

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikumwrb., Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT:

[1] HALAAWAH :kemanisan [2] SULWAH : kesenangan, LAHW.

[3] HUWA FII SULWATIN MINAL-'AISY: Dia berada dalam kehidupan yg senang.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my