Risalah Fikir (260) Melihat Wajah Setiap Hari Takut Bertambah Gelap

Telah berkata Al-Junaid rahimahullah: Aku telah mendengar Sariyy rahimahullah berkata (mafhuumnya): "Sesungguhnya aku pastilah melihat kepada hidungku setiap hari dua kali kerana takut kalau-kalau adalah sesungguhnya wajahku telah menjadi hitam / gelap."

Begitulah petikan (terjemahan kasar) daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imam Al-‘Aalim Jamaaluddin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy rahimahullah, mujallad 2, halaman 376. Hidung adalah sebahagian daripada wajah.

Memang cahaya keruhanian akan jelas kelihatan pada wajah-wajah mereka yang dekat dengan Allah subhanahu wa ta'ala. Cahaya keruhanian itu adalah sebagai tempias atau gambaran daripada penerimaan Allah subhanahu wa ta'ala terhadap amalan-amalan mereka yang bertuah itu. Sebaliknya pula, bagi mereka yang sentiasa bergelimang dengan dosa-dosa dan maksiat, tentulah cahaya keruhanian itu akan pudar sepudar-pudarnya.

Bagi mereka yang telah berpeluang (diberi taufiq oleh Allah subhanahu wa ta'ala) bertemu secara peribadi dengan mereka yang dekat dengan Allah subhanahu wa ta'ala, tentulah dapat menilai sendiri akan betapa nur keruhanian itu terpancar dari wajah-wajah mereka. Orang yang seperti kita ini (terutamanya ana sendirilah) yang penuh dengan dosa-dosa zahir dan batin tentu akan merasa tersangat malu bila (diberi peluang) bertemu dengan mereka itu dan kita akan tertunduk di kehebatan ruhani yang dianugerahkan Allah subhanahu wa ta'ala kepada mereka. Wajah-wajah kita yang penuh kegelapan dan kehitaman pekat ini tak sanggup untuk berdepan secara terus dengan wajah-wajah yang penuh nur lagi diberkati itu. Malah Para Sahabat radiyallahu anhum sendiri merasa akan kehebatan nurani dan keruhanian Baginda sallallahu alaihi wasallam bila mereka duduk bersama Baginda sallallahu alaihi wasallam, sampai ada yang asyik tunduk sahaja bila berdepan dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam lantaran kerana malu dan merasakan kehebatan Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Kembali kepada amalan harian Sariyy Saqtiyy rahimahullah: iaitu melihat hidungnya 2 kali sehari… takut kalau-kalau wajahnya berubah menjadi hitam dik dosa-dosa yang dilakukan pada hari itu!

Kita pula, bagaimana? Cermin memang banyak di rumah… Ada check hari-hari ke nur ruhani pada wajah kita (atau sebaliknya iaitu wajah kita yang gelap lantaran dosa-dosa yang berterusan…)? Yang pasti, makin sehari semakin bertambah gelap wajah kita! Atau pun kita tidak check? Atau kalau check pun tak nampak juga? Kerana suluhan hati dah memang gelap? Gelap dalam gelap memanglah tak nampak kan? Atau pun memang kita tidak berminat untuk buat semakan ini? Ataupun kita hanya memadai dengan melihat/menyemak hidung juga kot (tapi lagi tak nampak kot)?

Atau apa kata antum?

Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar… Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alfaqiiru ilallah.

Masuka:

  • [1] ISWADDA / SAWIDA: menjadi hitam.
  • [2] ISWADDA WAJHII: wajahku telah menjadi hitam (gelap).

Telah berkata Al-Junaid roh.a. : Aku telah mendengar Sariyy roh.a. berkata (mafhuumnya): "SESUNGUHNYA DAKU PASTILAH MELIHAT KEPADA HIDUNGKU SETIAP HARI DUA KALIKERANA TAKUT KALAU-KALAU ADALAH SESUNGGUHNYA WAJAHKU TELAH MENJADI HITAM / GELAP".

Begitulah petikan (terjemahan kasar) drp Sifah As-Sofwah, susunan Al- ImaamAl-`Aalim Jamaaluddin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman376. Hidung adalah sebahagian drp wajah.

Memang cahaya keruhanian akan jelas kelihatan pada wajah-wajah mereka yangdekat dengan Allooh swt. Cahaya keruhanian itu adalah sebagai tempias ataugambaran daripada penerimaan Allooh swt terhadap amalan2 mereka yg bertuah itu.Sebaliknya pula, bagi mereka yang sentiasa bergelimang dgn dosa2 dan ma'siat,tentulah cahaya keruhanian itu akan pudar sepudar2nya.

Bagi mereka yg telah berpeluang (diberi taufiiq oleh Allooh swt) bertemusecara peribadi dengan mereka yg dekat dengan Allooh swt itu , tentulah dapatmenilai sendiri akan betapa nur keruhanian itu terpancar dari wajah2 mereka itu.Orang yg seperti kita ini (terutamanya ana sendirilah) yang penuh dgn dosa2zohir dan batin tentu akan merasa tersangat malu bila (diberi peluang) bertemudengan mereka itu dan kita akan tertunduk dik kehebatan ruhani yangdianugerahkan Allooh swt kepada mereka . Wajah –wajah kita yg penuh kegelapandan kehitaman pekat ini tak sanggup untuk berdepan secara terus dengan wajah2yang penuh nur lagi diberkati itu. Malah Para Sahabat r.a. sendiri merasa akankehebatan nurani dan keruhanian Baginda saw bila mereka duduk bersama2 Bagindasaw, sampai2 ada yang `asyik tunduk sahaja bila berdepan dgn Baginda sawlantaran kerana malu dan merasakan kehebatan Baginda saw.

Kembali kepada amalan harian Sariyy Saqtiyy roh.a……..iaitu melihathidungnya 2 kali sehari …..takut kalau2 wajahnya berubah menjadi hitam dikdosa2 yg dilakukan pada hari itu !!

Kita pula, bagaimnana ? Cermin memang banyak kat rumah….. Ada check hari2ke nur ruhani pada wajah kita (atau sebaliknya iaitu wajah kita yg gelaplantaran dosa2 yg berterusan …) ? Yg pasti, makin sehari semakin bertambahgelap wajah kita !! Atau pun kita tidak check ? Atau kalau check pun tak nampakjuga ? Kerana suluhan hati dah memang gelap ? Gelap dalam gelap memanglah taknampak kan ? Atau pun memang kita tidak berminat untuk buat semakan ini ? Ataupun kita hanya memadai dgn melihat/menyemak hidung juga kot (tapi lagi taknampak kot) ?

Atau apa kata antum ?

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar… Wassalaamu'alaikumwrb., Alfaqiiru ilallooh.

Masuka :

[1] ISWADDA / SAWIDA : manjadi hitam. [2] ISWADDA WAJHII : wajahku telahmenjadi hitam (gelap).

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my