Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang mengambil hak orang Islam dengan sumpahnya, Allah mewajibkan neraka baginya dan diharamkan syurga untuknya (sekiranya mati sebelum bertaubat dan mengembalikan hak orang lain tersebut). Sahabat bertanya: Walaupun benda yang diambil itu sesuatu yang amat sedikit wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Walaupun sekecil batang kayu sugi.
(Hadis riwayat Imam Muslim).
-----------------------------------------------------
Kesimpulan Hadis:
1- Ancaman dan larangan keras bagi orang yang merampas hak orang Islam yang lain tanpa kebenaran sama ada berbentuk harta atau sebagainya.
2- Dorongan supaya segera bertaubat dan mengembalikan hak milik orang lain kepada tuannya.
3- Haram merampas hak milik orang Islam yang lain walaupun sedikit.
'the truth is out there'
Diskusi