Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
"Sesungguhnya solat (yang sempurna) itu mencegah perbuatan keji &
mungkar" (Al-Ankabut:45)
Selepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar
tadi, rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi
bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah
beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul
kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun
solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan
begitu.
Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.
Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Secara ringkasnya, sebelum
memulakan solat, ambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita
berdiri tegak sblm lafaz niat :
Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak
layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri
sendiri dan menyesallah.
Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan
oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya
kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi
hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi
anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir,
penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan
sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk
menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.
Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2an di
celah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas
sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke
atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri
agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn
penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti
di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman
hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal
hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg
tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru
diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn
dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana
dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi,
kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).
Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan
dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,
gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
"....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH"). Jari telunjuk itu jangan diturunkan
sehingga memberi salam.
>
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.
Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai
di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika
bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.
Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
sedang menghadap yg Esa.
> Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para
> hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2
> yg
> tertentu. Antaranya:
> Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.
> Sekiranya
> kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna
> kulit,
> maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg
> tidak
> jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
> Ataupun,
> pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
> sewaktu di
> rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm
> telekung,
> pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati
dari
> luar
> telekung.
> Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain
solat,
> sekadar membawa telekung shj. Apabila tiba waktu solat, cuma kain
> di
> badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin.
> Cara
> ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak
> jarang.
> Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang
> (stretch) dan
> manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah
> solat.
> Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg
> lazim
> dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
> Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg
> berlubang2
> sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut
> pjg,
> jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini
> akan
> terkeluar2 di celah2 kerawang telekung.
>
> Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita
> kerana
> ia adalah tiang agama.
"Layang2 naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin". Jgn jadi mcm layang2 putus tali, terapung2 tak keruan,
Diskusi