Tanda Tanda Kiamat 3

Oleh ira
2002-08-24 18:49:11
Tanda-tanda hari kiamat ini juga terbahagi kepada dua peringkat, iaitu:
1. Tanda-tanda Awala.
a.Orang-orang yang miskin sudah menjadi kaya raya, dan berlumba-lumba untuk membangun pembangunan keduniaan.
b. Bertambah pendeknya masa.
c. Urusan akan dipegang oleh orang yang bukan ahlinya.
d. Negeri-negeri kecil telah disatukan menjadi negeri besar.
e. Tidak dapat lagi manusia membezakan mata pencarian mereka, sama ada halal atau haram.
f. Bilangan perempuan melebihi kaum lelaki dengan kadar pertimbangan 1:50
g. Timbulnya fitnah yang bergelombang -gelombang seperti gelombang laut.
h. Pergaduhan berlaku dengan berlaluasa.
i. Timbul perang besar antara dua bangsa yang paling besar.
j. Berlaku peperangan antara umat Islam dengan umat Yahudi.
k. Wanita-wanita telah melahirkan anak-anak
l. Banyak berlaku bencana alam ( banjir, angin taufan, gunung berapi dan sebagainya)m. Banyaknya berlaku penzinaan
n. Kejahatan dapat mengalahkan kebenaraan
o. Pasar-pasar menjadi tempat berkumpulnya para pembohong.

2. Tanda-tanda Akhir:
Apabila masa berlakunya hari kiamat itu sudah hampir sekali, maka lahirlah tanda-tanda, antara lain sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah bin Usaid Al_Ghiffari, dia berkata:Rasulullah S.A.W telah mendatangai kami, yang ketika itu kami sedang merenung sesuatu. Kemudian Rasulullah bertanya:
Apakah yang sedang kamu fikirkan…? Kami menjawab: Kami sedang memikirkan tentang hari kiamat. Rasulullah bersabda: Bahawasanya kiamat itu tidak akan berlaku, kecuali kamu melihat sepuluh tanda. Kemudian Rasulullah menyebutkan tanda-tanda itu satu demi satu sebagai berikut:
i. Al-Dukhan (asap atau kabus tebal)--jerebu ka?
ii. Lahirnya Dajjal (penipu besar)
iii. Dabbah (binatang melata yang muncul dari perut bumi)
iv. Matahari terbit dari barat
v. Turunnya Isa Al-Masehvi. Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj
vii. Terjadinya tiga gerhana bulan, iaitu di Timur
viii. Gerhana di Barat
ix. Gerhana di Jazirah Arabx.
Keluarnya api yang menyala-nyala di negeri Yaman, menghalau umat manusia ke Mahsyar (tempat berkumpul).Kemudian terjadilah kiamat dengan dahsyatnya, sebagaimana firman Allah Taala dalam Al-Quran, Surah Yaseen, ayat 49, yang bermaksud, "Mereka tidak menunggu, melainkan satu teriakan saja, (yang akan menghancurkan bumi ini) yang akan membinasakan mereka, ketika mereka sedang bertengkar."

wallahualam...
sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my