Kenali Musuh Kita Yahudi Bah Iv

Oleh Rule.Net ®
2002-11-12 18:39:33
<<< hehe .. sebenarnya saya dah malas nak menulis pasal Yahudi ni sebab seolah-olah tak ada orang beri perhatian. Tetapi rajin pulak menyumpah-nyumpah Yahudi tanpa mengetahui sebab utama. Tetapi tersentuh jugak bila menerima dua tiga emel peribadi bertanya tentang tulisan ni ...

hehe .. thanks for you feedback. Anggap saja saya menulis untuk anda dan bukan untuk public.

>>>

.. masih lagi peringkat kedua sejarah Yahudi ..

Sekembali Musa as dari Tursina beliau amat terkejut dengan apa yang terjadi dengan Yahudi. Kebanyakkan telah bertukar agama dan menjadi kufur dengan Allah swt. Semua pakat pergi sembah anak lembu. Sungguh lemah iman Yahudi, baru ditunjukkan sedikit magic debu pasir dah beralih pegangan.

Musa as memang murka. Beliau memegang janggut dan kepala Harun as dan memarahi Harun as. Harun ketakutan dan meminta maaf kerana gagal menghalang peristiwa murtad kaum Yahudi. Harun as merayu kepada Musa as kerana takut dikatakan bersubahat.

Musa as seterusnya menghalau Samiri dan mengancam akan membakar anak lembu itu serta mencampakkannya ke laut.

<<< Berdasarkan riwayat ini ramai pencari harta karun kat timur tengah sibuk mencari The Golden Calf di laut Merah.... emas tu ... Tapi sorang pun tak jumpa lagi. Ada yang cakap ia ditanam .... Wallahua'alam >>>

Firman Allah aswt, berkatalah Musa as "Hai Kaumku, Sesungguhnya kamu telah inaya kepada dirimu sendiri, oleh kerana kamu mengambil anak lembu menjadi tuhan, maka bertaubatlah kamu kepada Allah ..."

Adalah diriwayatkan yang masih beriman pada masa itu ada dalam 12 ribu orang Yahudi. Lalu Allah yang Maha Pemurah bersedia mengampunkan mereka yang murtad tadi .. tapi..kan mereka harus dibunuh.

Firman Allah, sambung Musa as lagi ".. maka bertaubatlah kamu, kepada Allah yang menjadikan kamu, dan bunuhlah dirimu ! Demikian adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu, maka diterimaNya taubat kamu, kerana Dia Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Lalu Musa as mengarahkan yang masih beriman supaya membunuh mereka yang telah murtad, dan itu adalah perintah Allah.

Seluruh kaum Yahudi pada masa tu keliru dan saling pandang memandang. Semua konfius, mana tidaknya, anak akan bunuh emak, ayah akan bunuh anak, cucu akan bunuh datuk .. masing-masing mempunyai perasaan kasihan.

<<< Tu diaaa .. syariat Musa as. Murtad kalau .. kena bunuh. Kita patut bersyukur kerana syariat Muhammad saw adalah lebih ringan. Yang murtad dianjurkan bertaubat dan menjalani hidup normal. Tetapi di zaman Musa as, dianjurkan bertaubat, tetapi harus dibunuh. .. itu nenek moyang Yahudi punya citer ... >>>

Lalu Allah swt yang Maha Pemurah telah menurunkan awam hitam yang tebal. Mereka lalu berada dalam kegelapan. Maka berbunuh-bunuhlah mereka sesama sendiri.

<<< Bayangkan bertapa ngeri mendapat pedang sesat >>>

Adalah diriwayatkan juga yang 70 RIBU orang Yahudi telah mati. Bayangkanlah darah bergelimpangan. Ini merupakan satu malapetaka Allah swt kepada Yahudi.

<<< Alahai .. Yahudi ni memang kaum experimental laa .. disebut-sebut dalam Quran, tetapi last-last kena kutuk gak dengan Al-Quran. Tujuan Allah memilih satu kaum untuk dijadikan model kehidupan agar kita semua insaf dan tak jadi seperti mereka. Itu adalah hakikat benci yang sebenar. Bukannya boikot benda tak tentu hala.

Tapi nak buat macam mana .. mereka yang boikot minuman Coke yang kononnya Made by Isreal, perangai tak pernah ubah macam Yahudi Kuno. Hasad, dengki, mudah percaya, malas berfikir .. aiyaa .. sindiri mau ingat laa ...
>>>

<<< .. yang mati dah mati .. yang masih hidup kena minta ampun dengan Allah. Sambung lagi esok ... macam mana dorang pergi mintak ampun dengan Allah. >>>

Rujukan :
Al-Quran, At-Thaha 85 - 97
Al-Quran, Al-Baqarah 54
Ustaz Hj Ahmad Sonhadji, Tafsir Al-Quran Abral Athir, Singapore, Juz 1


Sebagai Meluaskan Pengetahuan, bukan nak suruh ikut :
http://www.artukraine.com/music/moses.htm
Laman web opera kristien yang melakonkan kisah Musa as dan Anak Lembu tu ..

P/s : thanks kepada yg berkenaan ..
Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my