Risalah Fikir (254) Seteguk Teh Ais Pasti Mengurangkan Darjat Kita Di Akhirat

Kembali menatapi RF 253 yang lalu, mari kita melihat semula jawapan yang telah diberikan oleh jaariah tersebut kepada Sariyy rohimahullah. Bilamana air yang dingin (ini merupakan suatu ni'mat dunia) disediakan untuk Sariyy rohimahullah buat berbuka puasa. Jawapan jaariah itu adalah seperti berikut:

"(AKU INI) ADALAH MILIK ORANG YANG TIDAK DIDINGINKAN AIR (UNTUKNYA) DI DALAM KUUZ YANG HIJAU ITU!".

Memang benar... Apabila bertambahnya ni'mat dunia kepada seseorang itu, maka bahagian atau darjat di Akhirat nanti buatnya akan dikurangkan!

Banyak sekali riwayat dan keterangan yang sejalan dengan kenyataan di atas, antaranya (untuk meringkaskan) adalah penerangan Ibnu 'Umar r.a. (berikut ini):

Telah mengeluarkan Abuu Nu'aim di dalam Al-Hilyah (1:306) daripada Ibnu 'Umar r.a. (seorang sahabat Baginda saw), katanya: "LAA YUSIIBU 'ABDUN SYAI-AN MINAD-DUNYAA ILLAA NAQOSO MIN DAROJAATIHI 'INDALLOOHI 'AZZA WA JALLA WA IN KAANAKARIIMAN" [Pengertiannya: "TIDAK MEMPEROLEHI / MENCAPAI / MENDAPATKAN SESEORANG AKAN SESUATU DARIPADA HABUAN DUNIA MELAINKAN BERKURANGLAH DARJAT-DARJAT ATAU PANGKAT-PANGKAT ATAU KEDUDUKAN-KEDUDUKAN-NYA DI SISI ALLOOH 'AZZA WA JALLA WALAU PUN ADALAH IA ATASNYA SEBAGAI MULIA"].

Dengan seteguk air yang dingin (mithalnya teh ais) adalah satu ni'mat dunia... maka berkuranglah pencapaian kita di Akhirat nanti! Dengan dua teguk teh ais... maka makin berkurang lagilah ni'mat pencapaian kita di Akhirat nanti!! Dengan tiga teguk teh ais... maka bertambah-tambah lagi kurang darjat kita di Akhirat nanti!!!

Dan seterusnya...

Itu baru ni'mat teh ais (air dingin)! Belum lagi ditinjau pemotongan yang akan dikenakan kepada kita di Akhirat nanti bila menikmati makanan mewah! Pakaian mewah! Kereta mewah! Banglo mewah! ... dsbnya...

[Tidak hairanlah mengapa Sariyy rohimahullah ditegur (diajar) oleh jaariah itu supaya tidak menikmati air yang dingin ketika berbuka puasa....!] [Itu untuk berbuka puasa! Bagaimana kalau air yang dingin itu (teh ais misalnya) dinikmati sewaktu suka-suka, bukan sewaktu berbuka puasa? Tentulah darjah pemotongan di Akhirat akan lebih ketara!]

Aduhai... RUPA-RUPANYA KITA SEDANG BERLUMBA-LUMBA UNTUK DITURUNKAN PANGKAT DAN KEDUDUKAN DI Akhirat!!!

Wallahu A'lam. [Lihat juga RF 64 yang lalu...] Semoga kita sama-sama mengambil ibrah... Wassalaamu'alaikum wrb. Alfaqiiru ilallooh.

Maksud:

  • [1] BAARID: yang sejuk, yang dingin.

Kembali menatapi RF 253 yg lalu, mari kita melihat semula jawapan yg telahdiberikan oleh jaariah tersebut kepada Sariyy roh.a. bila mana air yg dingin (inimerupakan suatu ni'mat dunia)disediakan untuk Sariyy roh.a. buat berbuka puasa.Jawapan jaariah itu adalah seperti berikut :

"(AKU INI)ADALAH MILIK ORANG YG TIDAK DIDINGINKAN AIR (UNTUKNYA)DI DALAMKUUZ YG HIJAU ITU !".

Memang benar.... APABILA BERTAMBAHNYA NI'MAT DUNIA KEPADA SESEORANG ITU, MAKABAHAGIAN ATAU DARJAT DI AKHIROT NANTI BUATNYA AKAN DIKURANGKAN!

Banyak sekali riwayat2 dan keterangan yg sema'na dgn kenyataan di atas,antaranya (utk meringkaskan) adalah penerangan Ibnu 'Umar r.a. (berikut ini):

Telah mengeluarkan Abuu Nu'aim di dalam Al-Hilyah (1:306)daripada Ibnu 'Umarr.a. (seorang sahabat Baginda saw), katanya :"LAA YUSIIBU 'ABDUN SYAI-ANMINAD-DUNYAA ILLAA NAQOSO MIN DAROJAATIHI 'INDALLOOHI 'AZZA WA JALLA WA IN KAANAKARIIMAN" [Pengertiannya :"TIDAK MEMPEROLEHI / MENCAPAI / MENDAPATKANSESEORANG AKAN SESUATU DARIPADA HABUAN DUNIA MELAINKAN BERKURANGLAH DARJAT-DARJAT ATAU PANGKAT-PANGKAT ATAU KEDUDUKAN-KEDUDUKAN-NYA DI SISI ALLOOH 'AZZA WAJALLA WALAU PUN ADALAH IA ATASNYA SEBAGAI MULIA"].

Dgn seteguk air yg dingin (mithalnya teh ais)adalah satu ni'mat dunia....makaberkuranglah pencapaian kita di akhirot nanti ! Dgn dua teguk teh ais.....makamakin berkurang lagilah ni'mat pencapaian kita di akhirot nanti !! Dgn tigateguk teh ais.....maka bertambah2lah kurang lagi darjat2 kita di akhirot nanti!!!

Dan seterusnya....

Itu baru ni'mat teh ais (air dingin)! Belum lagi ditinjau pemotongan2 yg akandikenakan kpd kita di akhirot nanti bila meni'mati makanan mewah ! pakaian mewah! kereta mewah ! banglo mewah ! ....dsbnya.....dsbnya....

[Tidak hairanlah mengapa Sariyy roh.a. ditegur (diajar) oleh jaariah itusupaya tidak meni'mati air yg dingin ketika berbuka puasa ....!] [Itu buatberbuka puasa ! Bagaimana kalau air yg dingin itu (teh ais misalnya) di ni'matisewaktu suka2, bukan sewaktu berbuka puasa ? Tentulah darjah pemotongan diakhirot akan lebih ketara !]

ADUHAI....RUPA2NYA KITA SEDANG BERLUMBA2 UNTUK DITURUNKAN PANGKAT DANKEDUDUKAN DI AKHIROT !!!

Walloohu A'lam. [Lihat juga RF 64 yg lalu...] Semoga kita sama2 mengambili'tibaar... Wassalaamu'alaikum wrb. Alfaqiiru ilallooh.

Masuka:

[1] BAARID : yg sejuk, yg dingin.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my