Risalah Fikir (163) Sesukar-sukar Pengobatan

Mari kita menela'ah semula wasiat atau penjelasan Uwais Al-Qoroniyy rah.a. dalam RF (162) yang lalu, antara lain, terangnya:

فَلَن تُعَالِجَ شَيْئًا أَشَدَّ عَلَيْكَ مِنْهُمَا (يَعْنِي مِنْ قَلْبِكَ وَنِيَّتِكَ).
[Pengertiannya: Maka engkau tidak akan mengobati/merawat sesuatu yang terlebih sukar ke atas engkau daripada merawat keduanya (iaitu hatimu dan niatmu)].

Jelas bahawa betapa pun sukar seseorang itu (atau doktor itu atau sesiapa sahaja) merawat/mengobati seorang pesakit otak yang meracau dan mengganggu orang lain, jauh lebih sukar lagi merawat/mengobati hati sendiri dan niat sendiri. Begitu pun dalam hal pengobatan bagi penyakit-penyakit yang lain seperti lumpuh, sakit AIDS, kemalangan yang menyebabkan patah dan luka segala anggota dan sebagainya adalah jauh lebih mudah jika dibandingkan untuk mengobati/merawat hati-hati yang penuh berpenyakit dan niat-niat yang tidak betul. Begitulah keterangan Uwais rah.a. Jadi memang semestinyalah seluruh hidup kita perlu ditumpukan kepada usaha-usaha untuk mengobati/merawat/membaiki hati-hati dan niat-niat kita. Bila kita gagal di sini, bermakna seluruh hidup kita akan gagal. Gagal di dunia dan gagal di akhirat. Na'uzubillah min zaalik!

Antara penyakit-penyakit hati (dan niat) itu (seperti telah kita sama-sama maklumi) adalah seperti berikut:

  1. Lemah iman. Iman memanglah bertunjang di dalam hati. Mengikut keterangan para 'ulamaa, iman itu boleh berkurang dan bertambah mengikut kadar dan bentuk usaha atas iman yang dijalankan. Dan yang lebih parah lagi, iman itu boleh keluar daripada hati (atau tergelincir), dan boleh juga masuk. Tentang usaha atas iman ini perlu suatu perbincangan yang lain lagi.
  2. Hati yang tidak mengandungi kebesaran Allah swt.. Kebesaran makhluq (para makhluq) tertunjang di hati. Tidak mengenal dan tidak peka dengan kehendak-kehendak Allah swt. ke atas dirinya.
  3. Hati yang tidak cinta akan sunnah-sunnah Nabi saw. Malah kenal pun samar-samar. Apatah lagi kalau hati itu merasa tidak senang, jengkel dan benci dengan sunnah-sunnah Baginda saw. tersebut. Jauh sekali untuk peka dengan kehendak-kehendak Rasulullah saw. ke atas dirinya.
  4. Hati yang tidak memandang kepada akhirat. Segala pertimbangan dan sasaran semuanya menjurus kepada kehidupan duniawi semata-mata.
  5. Hati yang tidak khusyuk, terutamanya dalam solat. Penuh kelalaian dan perkara-perkara yang lagho.
  6. Hati yang tidak minat kepada ilmu-ilmu agama. Cintakan kejahilan. Tidak mahu tahu akhirat.
    Sedangkan kemuncak/tempat sampai/peak, mablagh ilmu itu (mablaghul-'ilm) sendiri adalah akhirat dan kehidupan akhirat (lihat RF 1 mengenai mablaghul-'ilm ini). Hati yang tidak peka dengan tuntutan-tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah. Tidak peka dengan jalan-jalan yang telah dilalui oleh para Anbiya a.s., para Sahabat r.a., para Taabi'in rah.a., para Taabi'ut-Taabi'in rah.a. dan para 'Ulama/Soolihiin.
  7. Hati yang jauh daripada zikrullah dalam ertikata yang sebenarnya.
  8. Hati yang takabbur, 'ujub, riyaa', sum'ah, suka dipuji, berhasad dengki, berdendam dan sebagainya. Saling fitnah memfitnah. Buruk sangka. Sentiasa memandang keburukan dan keaiban orang lain, tapi lupa pada diri sendiri. Dan segala sifat-sifat mazmumah yang lain-lain. Segala amalan tidak kerana mencari keredhaan Allah swt., tidak lillah dan tidak fillah.
  9. Hati yang tidak ada niat dan keinginan untuk berjuang di jalan Allah swt.. Tidak ada niat untuk menegakkan agama Allah swt. di muka bumi ini. Hati yang menyintai harta benda, anak-isteri/keluarga/saudara-mara, perniagaan, masakin (rumah tangga, tempat tinggal, banglo-banglo dsbnya) melebihi daripada Allah swt. dan RasulNya serta melebihi daripada berjihad di jalanNya.

Dan ribuan-jutaan lagi penyakit-penyakit hati dan penyakit-penyakit niat.

Wasiat dan kenyataan Uwais rah.a. itu makin jelas kebenarannya bila kita renung dan renung lagi. Seorang yang mati dalam keadaan paling miskin, paling tidak popular, penuh berpenyakit pada jasad, tapi kiranya matinya itu dalam keadaan beriman, pastilah ianya seorang yang sangat-sangat berjaya. Sebaliknya pula jika seorang itu adalah jutawan, malah teramat popular pula, jasadnya tidak pernah mengalami kesakitan, matinya pula di dalam sebuah mahligai dan di atas katil yang empuk gebu pula, tapi kalau matinya tanpa membawa iman, iaitu hatinya belum sempat dirawat, dialah yang paling bernasib malang walaupun umurnya di dunia ini adalah 10,000 tahun sekalipun.

Untuk itu, saya menyeru kepada diri saya sendiri terutamanya, juga kepada antum semua, marilah kita sama-sama melipatgandakan usaha mengobati/merawat hati-hati dan niat-niat kita masing-masing. Semoga bila kematian datang, sekurang-kurangnya walaupun hati-hati dan niat-niat kita itu belum sembuh lagi, tetapi kita mengharapkan Allah swt. dengan rahmat dan kasih sayangNya mengampuni kita bila kita berada pada jalan-jalan usaha ke arah kesempurnaan hati-dan-niat itu. Dan satu lagi ingatlah kita sama-sama bermuhasabah pada diri kita sendiri tentang kemajuan/kemunduran hati-dan-niat kita itu.

Kalau kita tidak mulakan pengobatan pada hati-dan-niat kita sendiri dahulu, bagaimana kita nak mulakan pengobatan pada keluarga kita pula (walhal kita adalah sohibul-bait/ketua rumah atau ketua keluarga)?
Dan bagaimana pula kita nak bawakan pengobatan ini ke tengah masyarakat/
daerah/negara/rakyat (walhal kita adalah ketua/pegawai/pemimpin)? Dan bagaimana pula kita nak tunaikan amanah ini untuk seluruh ummat manusia (ukhrijat linnaas) (walhal kita adalah ummat Muhammad saw)? Sama-samalah kita memikirkannya.

Untuk bercakap, menulis, bercerita, menyampaikan, menghantar dan meneruskan sebagainya memanglah sangat mudah, apatah lagi lidah ini tidak bertulang tetapi untuk benar-benar bagaimana dan caranya realiti-realiti dan hakikat-hakikat itu datang pada diri kita sendiri (khususnya kepada diri saya sendiri ini) amatlah tersangat-sangat susah lagi teramat sangat sulit. Di sinilah saya mengharap agar antum yang budiman jangan lupa mendoakan untuk saya juga.
Dan kita perlu saling doa mendoakan sebenarnya.

Mari kita menela'ah semula wasiat atau penjelasan Uwais Al-Qoroniyy rah.a. didalam RF (162) yg lalu, antara lain, terangnya :

FA LAN TU'AALIJA SYAIAN ASYADDA 'ALAIKA MINHUMAA (YA'NII MINQOLBIKA WA NIYYATIKA).
[Pengertiannya: MAKA ENGKAU TIDAK AKAN MENGOBATI/MERAWAT SESUATU YANG TERLEBIH SUKAR KEATAS ENGKAU DARIPADA MERAWAT KEDUANYA (IAITU HATIMU DAN NIATMU)].


Jelas bahawa betapa pun sukar seseorang itu (atau doktor itu atau sesiapa sahaja)merawat/mengobati seorang pesakit otak yang meracau2 dan mengganggu orang lain, jauh lebihsukar lagi merawat/ mengobati HATI sendiri dan NIAT sendiri. Begitu pun dalam halpengobatan bagi penyakit2 yang lain seperti lumpuh, sakit aids, kemalangan yg menyebabkanpatah dan luka segala anggota dsbnya adalah jauh lebih mudah jika dibandingkan untukmengobati/merawat HATI2 yang penuh berpenyakit dan NIAT2 yang tidak betul. Begitulahketerangan Uwais rah.a. Jadi memang semestinyalah seluruh hidup kita perlu ditumpukankepada usha2 untuk mengobati/merawat/membaiki HATI2 dan NIAT2 kita. Bila kita gagal disini, bermakna seluruh hidup kita akan gagal. Gagal di dunia dan gagal di akhirat.Na'uuzubillaahi min zaalik !

Antara penyakit2 hati (dan niat) itu (seperti telah kita sama2 maklumi) adalah sepertiberikut :
  1. Lemah iman. Iman memanglah bertunjang di dalam hati. Mengikut keterangan para 'ulamaa` jhk, iman itu boleh berkurang dan bertambah mengikut kadar dan bentuk usha atas iman yang dijalankan. Dan yang lebih parah lagi, iman itu boleh keluar drp hati (atau tergelincir), dan boleh juga masuk. Tentang usha atas iman ini perlu suatu perbincangan yang lain lagi.
  2. Hati yang tidak mengandungi kebesaran Allaah swt. Kebesaran makhluuqoot (para makhluuq) tertunjang di hati.Tidak mengenal dan tidak peka dengan kehendak2 Allaah swt ke atas dirinya.
  3. Hati yang tidak cinta akan Sunnah2 Nabi saw. Malah kenal pun samar2. Apatah lagi kalau hati itu merasa tidak senang, jengkel dan benci dengan Sunnah2 Baginda saw tersebut. Jauh sekali untuk peka dengan kehendak2 Rasuulullaah saw ke atas dirinya.
  4. Hati yang tidak memandang kepada akhirat. Segala pertimbangan dan sasaran semuanya menjurus kepada kehidupan duniawi semata2.
  5. Hati yang tidak khusyuu' , terutamanya dalam solat. Penuh kelalaian dan perkara2 yang lagho.
  6. Hati yg tidak minat kepada ilmu2 agama. Cintakan kejahilan. Tidak mahu tahu akhirat.
    Sedangkan kemuncak/tempatsampai/peak/, mablagh ilmu itu (mablaghul-'ilm) sendiri adalah akhirat dan kehidupan akhirat (lihat RF 1 mengenai mablaghul-'ilm ini).Hati yang tidak peka dengan tuntutan2 Al-Quraan dan As-Sunnah. Tidak peka dengan jalan2 yang telah dilalui oleh para Anbiyaa` a.s, para Sahabat r.a., para Taabi'iin rah.a, para Taabi'ut-Taabi'iin rah.a. dan para 'Ulamaa`/Soolihiin jhk.

  7. Hati yang jauh drp zikrullaah dalam ertikata yang sebenarnya.
  8. Hati yang takabbur, 'ujub, riyaa`, sum'ah, suka dipuji, berhasad dengki, berdendam dsbnya. Saling fitnah memfitnah. Buruk sangka.Sentiasa memandang keburukan dan ke'aiban orang lain, tapi lupa pada diri sendiri. Dan segala sifat2 mazmuumah yg lain2. Segala amalan tidak kerana mencari keredhoan Allaah swt, tidak lillaah dan tidak fillaah.
  9. Hati yang tidak ada niat dan keinginan untuk berjuang di jalan Allaah swt. Tidak ada niat untuk menegakkan agama Allaah swt di muka bumi ini. Hati yang menyintai hartabenda, anak-isteri/keluarga/saudara- mara, perniagaan, masaakin (rumahtangga, tempatinggal, banglo2 dsbnya) melebihi drp Allaah swt dan RasuulNya dan melebihi drp berjihaad di jalanNya.

Dan ribuan-jutaan lagi penyakit2 hati dan penyakit2 niat.

Wasiat dan kenyataan Uwais rah.a. itu makin jelas kebenarannya bila kita renung dan renunglagi. Seorang yang mati dalam keadaan paling miskin, paling tidak popular, penuhberpenyakit pada jasad, tapi kiranya matinya itu dalam keadaan beriman, pastilah ianyaseorang yang sangat2 berjaya. Sebaliknya pula jika seorang itu adalah jutawan, malahtersangat popular pula, jasadnya tidak pernah mengalami kesakitan, matinya pula di dalamsebuah mahligai dan di atas katil yang empukgebu pula, tapi kalau matinya tanpa membawaiman, ya'nii hatinya belum sempat dirawat, dialah yang paling bernasib malang, walau punumurnya di dunia ini adalah 10000 tahun (?) sekalipun.

Untuk itu, saya menyeru kepada diri saya sendiri terutamanya, juga kepada antum semua,marilah kita sama2 melipatgandakan usha mengobati/merawat HATI2 dan NIAT2 kita masing2.Semoga bila kematian datang, sekurang2nya walau pun hati2 dan niat2 kita itu belum sembuhlagi, tapi kita mengharapkan Allaah swt dengan rahmat dan kasihsayangNya mengampuni kitabila kita berada pada jalan2 usha ke arah kesempurnaan hati-dan-niat itu. Dan satu lagisering2lah kita sama2 bermuhaasabah pada diri kita sendiri tentang kemajuan/kemunduranhati-dan-niat kita itu.

Kalau kita tidak mulakan pengobatan pada hati-dan-niat kita sendiri dahulu, bagaimana kitanak mulakan pengobatan pada keluarga kita pula (walhal kita adalah soohibul- bait/ketuarumah atau ketua keluarga) ?
Dan bagaimana pula kita nak bawakan pengobatan ini ketengah masyarakat/
daerah/ negara/ra'yat (walhal kita adalah ketua/pegawai/ pemimpin) ? Dan bagaimana pulakita nak tunaikan amanah ini untuk seluruh ummat manusia (ukhrijat linnaas) (walhal kitaadalah ummat Muhammad
saw ) ? Sama2lah kita memikirkannya.

Untuk bercakap, menulis, bercerita, menyampaikan, mengSENDkan dan mengFORWARDkan dsbnyamemanglah sangatlah mudah, apatah lagi lidah ini tidak bertulang, tapi untuk benar2bagaimana dan caramana realiti2 dan haqiiqot2 itu datang pada diri kita sendiri (khasnyakepada diri saya sendiri ini) amatlah tersangat2 susah lagi teramat2 sulit. Di sinilahsaya mengharap agar antum yang budiman jangan lupa mendoakan untuk saya juga.
Dan kita perlu saling doa mendoakan sebenarnya.

Masuka ;
[1] MU'AALAJAH, MUDAAWAAH : pengobatan, rawatan, treatment.
[2] 'ILAAJ, DAWAA` : obat.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my