Risalah Fikir (161) Uwais Al Qoroniyy Rah A (bhg 6)

01-Aug-2003 17:11

Mari kita terus meneliti dengan penuh rasa hormat dansanjung tinggi akan cara hidup Uwais rah.a. , seorang yang diberi title oleh BagindaRasuulullaah saw sebagai YANG TERBAIK DI KALANGAN PARA TAABI'IIN (KHOIRUT-TAABI'IIN)rah.a. Kerana itu kita perlu menyintainya, dan tidak berhak bagi kita untuk mengkritikorang yang telah dipuji begitu tinggi oleh Penghulu segala Anbiyaa` a.s. itu. Seandainyakita merasa sesuatu yang "tidak baik" terhadapnya, cepat2lah kita beristighfaarkpd Allaah swt, itu adalah kerana kekotoran2 yang ada pada hati2 kita, khasnya ketebalanhubbud- dunyaa (cinta dunia) yg benar2 melekat dan bersebati dalam lubuk hati2 kita.......

Drp Qois bin Basyar bin 'Amru rah.a., drp ayahnya,katanya...(mafhumnya): Aku telah memakaikan pakaian kepada Uwais Al-Qoroniyy rah.a., duapakaian, (lantaran ianya tidak mempunyai pakaian untuk menutup jasadnya) daripada halkeadaannya (jasadnya) yang tidak tertutup/al-'uroo/al-'ury.

Drp Mughiiroh rah.a., katanya, (mafhumnya) : Sesungguhnyaadalah Uwais Al-Qoroniyy rah.a. itu pastilah bersedeqoh dengan pakaian2nya sehingga(lantaran itu) dia duduk dalam keadaan tidak berpakaian ('uryaanan), sehinggakan dia tidakmendapati apa pun untuk di bawa pergi (solat) Jumu'at.

Drp Asbagh bin Zaid rah.a. katanya (mafhumnya) :Sesungguhnya yang menghalang (tertegahnya) Uwais rah.a. daripada datang menjumpai Nabi sawialah kerana baktinya yang tinggi terhadap ibunya.

Drp Asbagh bin Zaid rah.a., katanya (mafhumya): AdalahUwais Al-Qoroniyy rah.a. bila berada pada petang hari ia berkata HAAZIHI LAILATUS-SUJUUD[ertinya: INI ADALAH MALAM (UNTUK) SUJUUD], maka ia pun akan terus bersujuud (dalamsolatnya) sehinggalah sampai waktu subuh. Dan adalah ia rah.a. juga bila berada di petanghari maka ia menyedeqohkan dengan apa yang ada dalam rumahnya daripada kelebihan daripadamakanan dan pakaian, kemudian ia berkata

ALLAAHUMMA MAN MAATA JAU'AN FA LAA TUAAKHIZNII BIHI, WA MAN MAATA'URYAANAN FALAA TUAAKHIZNII BIHI. [ertinya kira2 :YA ALLAAH, BARANGSIAPA MATI DALAM HALKEADAAN KELAPARAN MAKA JANGANLAH ENGKAU MENGHUKUM AKU KERANANYA, DAN BARANGSIAPA MATIDALAM KEADAAN TIDAK TERTUTUP (TELANJANG, KERANA TIDAK MEMPUNYAI PAKAIAN) MAKA JANGANLAHENGKAU MENGHUKUM AKU KERANANYA].

Al-Hasan bin 'Amruu rah.a. telah berkata, aku telah mendengar Basyar rah.a. menceritakan(mafhumnya)..:

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my