Harta Riba Wujud di Merata Tempat
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah saw bersabda :”Akan tiba suatu zaman, tidak akan seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya.” (Hadith riwayat Ibnu Majah)
Keterangan :
Hadith sabdaan Rasulullah saw ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.
Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah

~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~