Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid katanya, aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat kamu berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana kamu berpuasa pada bulan Syaaban?. Baginda bersabda:
Bulan yang terletak di antara bulan Rejab dan bulan Ramadan itu sentiasa dilupakan oleh manusia, sedangkan pada bulan itulah catatan semua amalan diangkatkan kepada Allah s.w.t. Oleh yang demikian aku terlalu suka jika amalan aku diangkatkan kepada Allah s.w.t ketika aku sedang berpuasa.
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Nasaie dan Imam Ahmad).
--------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan Hadis:
1- Kelebihan bulan Syaaban.
2- Kelebihan berpuasa pada bulan Syaaban.
3- Petunjuk Nabi s.a.w tentang puasa sunat.
'the truth is out there'
Diskusi