Bagaimana sifat Munaafiquu Haadzihil Ummah (Para Munaafiquun Ummat ini)?
Berikut adalah keterangan yang berkaitan:
Telah berkata Hudzaifah Al-Mar'asyiyy rah.a.: Yuusuf bin Asbaat rah.a. telah menulis kepadaku:
".......DAN KETAHUILAH BAHAWASANYA DARI APA YANG TELAH DISIFATKAN DENGANNYA PARA MUNAFAIQUN UMMAT INI (MUI), BAHAWA MEREKA ITU TELAH BER-MUKHOOLATOH (SUKA BERCAMPUR-GAUL) DENGAN AHLI DUNIA DENGAN BADAN-BADAN MEREKA. DAN PARA MUI ITU SUKA BER-MUTOOBAQOH (MENYETUJUI DAN BERSEPAKAT, TUNDUK DAN MENGAKUI) AKAN AHLI DUNIA ITU DI ATASNYA DENGAN KEINGINAN-KeINGINAN DAN KEHENDAK-KEHENDAK HAWA MEREKA. DAN PARA MUI ITU MERENDAHKAN DIRI MEREKA LANTARAN BEGITU TAMA' TERHADAP MANA-MANA INDIVIDU DARI MEREKA YANG TELAH MENCAPAI (AKAN PERKARA-PERKARA DUNIAWI). DAN MEREKA ITU SALING JILAT-MENJILATKAN (BER-MUDAAHANAH) ATAU SALING MENGAMBIL MUKA (BER-TAMLIIQ) DARI SEGI PERKATAAN (PERCAKAPAN) DAN JUGA DARI SEGI PERBUATAN DAN TINGKAH LAKU. DAN LANTARAN ITU MENJADI ASYIRUN-WA-BATIRUN LAH PERKATAAN MEREKA, DAN MENJADI PAHIT DAN JELEKLAH PERBUATAN ATAU TINGKAH LAKU MEREKA. MEREKA ITU TELAH MENINGGALKAN BAATINAL-'AMALI ('AMALAN-2 YANG BATIN) DENGAN SOHIH, MAKA LANTARAN ITU ALLAH SWT TELAH MENGHARAMKAN (MENEGAHKAN) MEREKA DARIPADA MENDAPATKAN HARGA/NILAI YANG PENUH DENGAN KEUNTUNGAN....".
Begitulah terjemahan kasar dari Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rah.a., mujallad 4, muka surat 264. Kepada yang bisa berbahasa Arab, adalah diharapkan dapat merujuk terus kepada matannya yang asal dan perbaikan terjemahan kasar di atas.
Antara kesimpulan / pengajaran / huraian / i'tibar yang dapat diambil:
- Para Munaafiquun Ummat ini (MUI) memang ada, malah ramai sekali.
- Para MUI ini memang sangat suka bergaul mesra dengan ahli-ahli dunia. Malah mereka sering menjadi khulatoo (kawan-kawan/sahabat-sahabat baik) kepada golongan itu.
- Dalam pergaulan, bukan nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan yang hendak diberikan kepada ahli-ahli dunia itu, malah para MUI itu sentiasa mengelak daripada melawan atau membelakangi aliran kehidupan ahli-ahli dunia itu. Malah para MUI itu sentiasa bersetuju (walau pun di atas jalan yang salah) dan bersepakat dengan ahli-ahli dunia itu. Dan yang terlebih parah lagi, mereka sanggup mengambil muka dan saling jilat menjilat, ampu mengampu, demi ingin mendapatkan kepentingan duniawi dan peribadi.
- Apa saja yang telah dicapai oleh mana-mana individu daripada ahli dunia (iaitu pencapaian kebendaan dan keduniaan), maka para MUI itu juga merasa penuh tama' dan ingin mencapainya juga, sehingga sanggup merendahkan diri dalam mencapai perkara-perkara itu.
- Sebagai kesan daripada sifat-sifat itu, maka menjadi asyirun-wa-batirun lah perkataan-perkataan atau percakapan-percakapan mereka dan menjadi jelek dan kotorlah 'amalan-amalan dan perbuatan-perbuatan mereka.
- Ternyata mereka tidak lagi berusaha atas Baatinal-'Amal ('amalan-amalan yang batin) yang penuh dengan kesempurnaan dan pengertian, tetapi sekadar bermuka-muka dengan Zohiral-'Amal ('amal yang zohir) sahaja dan itu pun dilakukan secara lebih kurang dan cincai sahaja, tidak benar-benar menghayati akan tuntutan 'amalan-amalan itu dari segi zohir dan batin. Katakan 'amalan solat, mereka hanya memadai bersolat begitu-begitu sahaja, tidak benar-benar mahu menghayati tuntutan solat itu zohir dan batin. Pokoknya, bila sudah berdiri, ruku', sujud dan sebagainya sudah! Tidak ada usaha untuk memastikan bahawa setiap 'amalan (mithalnya setiap rukun-rukun dalam solat itu) sah dan betul serta penuh penghayatan.
- Lantaran kedegilan dan keengganan mereka untuk berusaha di atas Baatinal-'Amal ('amalan-amalan yang batin), maka rosaklah dan hancurlah segala 'amalan mereka, menjadi debu berterbangan, dan tidak mendapatkan ganjaran dan keuntungan di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita daripada termasuk golongan yang sebegitu.
- Suatu persoalan yang penting: APAKAH KITA JUGA TERMASUK SALAH SEORANG DARIPADA GOLONGAN PARA MUI ITU? Apa kata antum yang budiman?
- Yuusuf bin Asbaat rah.a. telah menulis surat / risalah menasihati akan Hudzaifah Al-Mar'asyiyy rah.a.. Begitulah bagusnya perhubungan antara muslim sesama muslim. Nasihat dijadikan sebagai asas dalam perhubungan. Malah agama itu sendiri adalah nasihat. Lantaran itu, marilah kita suburkan usaha nasihat ini, sama ada secara real berdepan atau pun secara menulis surat kepada kawan-kawan kita. Dan sewajibnyalah kita pula bersyukur bila menerima surat yang mengandungi nasihat dan tunjuk ajar (walau pun surat layang). Antara ciri kawan yang sebenar adalah dia yang sentiasa suka memberikan nasihat kepada kita.
Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wallahu A'lam. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alfaqiiru ilallah.
Mufrodaat:
- [1] ASYIRUN-WA-BATIRUN adalah sama kira-kira pengertiannya dengan ASYIRO-WA-BATIRO dalam RF 270 yang lalu. Cuma ASYIRUN-WA-BATIRUN adalah dalam bentuk kata nama sementara ASYIRO-WA-BATIRO adalah dalam bentuk kata kerja.
- [2] DAAHANA, MALLAQO: mengambil muka, menjilat.
- [3] MUDAAHANAH, TAMLIIQ: penjilatan, hal mengambil muka.
- [4] KHOLIIT, MUKHOOLIT: kawan, sahabat karib. KJ: KHULUT, KHULATOO`.
- [5] MUKHOOLATOH: pergaulan.
