Terkini  Popular    Mula Topik

Permata Di Depan Mata Namun Bintang Di Langit Yang Dikejari.

2002-06-30 02:45:55
Assalamu'alaikum ..

Adakah menjadi sifat semula jadi manusia, gajah di depan mata tidak nampak, namun kuman di seberang terang-menerang kelihatan. Atau mungkin ini adalah sifat yang terterap dalam diri seseorang di dalam proses kehidupan.

Setiap manusia mempunyai impian, setiap manusia mempunyai matlamat hidup dan tujuan. Tetapi bukan mudah untuk mencapai tujuan itu, yang berjaya dikatakan cemerlang, yang tidak dikatakan Mat Jenin, yang berazam tidak akan putus asa, yang beriman hanya akan berserah kepadaNYA.

Namun dalam mencari matlamat, tidak kira sama ada mencari peluang perniagaan, mencari jodoh, mencari penyelesaian masalah, kadang-kala kita terlepas pandang kepada apa yang ada di depan mata. Sebaliknya, bintang di langit kita kejari sampai pagi, sampai ia hilang. Bila malam menjelang, kita kejar dan kejar lagi.

Perhatikan di sekeliling kita, mungkin apa yang kita perlukan itu sebenarnya telah lama bersama kita, atau ada di depan mata. Cuma manusia sebagai insan yang alpa tidak menduga.

Manusia memang gemar mengejar bintang di langit, mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Sedangkan permata di depan mata yg tersembunyi, berdebu, kelihatan seperti batu, lebih berharga, lebih bermakna, dari mengejar sesuatu yang mustahil.

Yang duluku cari, rupa-rupanya ada disini. Sekiranya pertama itu digilap, maka bersinarlah ia di malam dan juga di siang hari.

Janganlah terlalu memilih dan mencari terlalu jauh. Selidiki dahulu apa yang ada di depan mata atau yang mendatang, mungkin itu sebenarnya milik kita. Siapa tahu ..





=============================
Keadaan dah berubah, kalau dulu pakcik suka menulis masa waktu pejabat, tapi sekarang kerana pejabat pun dah tak wujud, yang wujud hanya SOHO jadi bila-bila masa sahaja teringat .. pakcik akan menulis. Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my