Terkini  Popular    Mula Topik

Ragam Pemandu Teksi

2002-07-04 13:31:01
Oleh
Mami Ros
Dah lepas makan tengahari dah kan.....
Sementara dok tunggu masuk waktu solat... meh dengar ini cerita...

Dalam sebuah teksi yang menuju bandar, seorang penumpang bertanya kepada pemandu teksi tersebut. Lantas dia menepuk bahu pemandu teksi dengan perlahan. Tiba-tiba pemandu teksi itu menjerit dan tak dapat mengawal kenderaannya, hampir dia melanggar sebuah bas. Nasib baik teksi itu sempat berhenti . Untuk beberapa ketika suasana sepi, kedua-duanya cemas. Kemudian pemandu teksi berkata,..
"Hey... Mamat ...jangan buat macam tu lagi. Awak buat saya takut.
Penumpang itu meminta maaf sambil berkata , "Saya tak sangka awak takut macam tu sekali . Saya cuma tepuk sikit je bahu awak ."
Pemandu itu menjawab, "Maaf , sebenarnya itu bukan salah awak. Hari ini adalah hari pertama saya kerja bawak teksi....sebelum nie hampir 25 tahun saya bawa kereta mayat ..." "Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my