Terkini  Popular    Mula Topik

Penjelasan 3 - Fadhilat Ibadat Rejab, Syaaban, Dan

2003-10-10 10:30:51
Persoalan: Hadis berkenaan malam 15 tu memang tak ada ke?


Takde. Takde. Setakat ini saya tak jumpalah kata tutup buku pada malam Nisfu Syaaban. Yang ada hadis, sebenarnya malaikat ini dia bertukar-tukar. Malaikat malam lain malaikat siang lain. Pagi, malaikat malam akan mengangkat amalan kita kepada Allah S.W.T., dan petang, malaikat yang jaga kita sepanjang hari akan mengangkat amalan kita pergi kepada Allah S.W.T. memberitahu tentang amalan kita, di mana disebut di situ maka kita dituntut sangatlah untuk berjemaah di antaranya ialah sembahyang Subuh, sembahyang Maghrib dan sembahyang Asar, sebab ada dua tu, Maghrib, Asar, awal malam dia yang mana, yang nak dia pastikan supaya, iaitu diangkat amal, Allah akan tanya apa yang hamba-Ku buat. Malaikat jawab, aku tinggalkan mereka dalam keadaan sembahyang, aku datang mereka dalam keadaan sembahyang. Itu ada hadis.

Tapi itulah saya kata tadi, yang tentang malam Nisfu Syaaban ni kata malam itu tukar buku, tidak ada hadis sahih. Jadi, itulah yang nak ana sebutkan, dan ana tidak sesekali melarang orang nak baca Yaasin. Jangan salah anggap, sebab ada orang kata pulak nanti kita nak larang orang buat, Tapi kita nak menyatakan. Itulah saya kata tadi, sebab macam malam tadilah, sampai tak muat, dua kali sembahyang Maghrib. Dua kali sembahyang Maghrib sebab ramai yang tak pernah datang surau pun dia ingat malam Nisfu Syaaban ni malam tutup buku. Jadi dia pun percaya dengan tu. Isshh dia kata buku saya dah tutup dah. Tutup saya datang surau saya baca Yaasin. Tuhan bukan tengok yang malam tutup saja. Yang kita kena yakin, setiap detail kita Mungkar dan Nangkir akan catat, tapi kerana kita salah faham maka itulah kita pilih malam-malam yang tertentu sahaja.

----------------------------------------------------------6

Persoalan: Malam Nisfu Syaaban ni, dulu-dulu lagi kita dah selalu buat, baru hari ni aje baru timbul macam-macam masalah ...


Itu satu soalan jugak ada orang tanya, dulu-dulu dah buat. Dulu pun dah ada orang yang sebut benda macam ni. Sebenarnya dah ada kalau orang tu balik daripada Mekah. Dia dah sebut dulu. Tapi keadaan masyarakat pada waktu tertentu yang begitu berpegang kepada adat. Kadang-kadang berpegang kepada adat tanpa ada rujukan yang tertentu pun. Maka sebab itu bila ada yang bercakap waktu, kalau zaman dulu, 20 tahun dulu saya cakap begini, malam besok orang tak datang lagi dah bila saya mengajar. Sebab orang kata Ustaz Rahim tu kaum muda tu. Ini 20 tahun dulu orang anggap kaum muda terus. Padahal benda yang dia cakap 20 tahun dulu itu sebenarnya benar, tapi tak. Suaranya akan terus ditekan. Dengan itu orang tak mahu dengar langsung.

Lagi satu rujukan kita dulu tidak banyak, ahli-ahli hadis tak banyak. Sekarang ni dah semain banyak, ahli hadis dah banyak. Maka bila kita ada keperluan dan kesempatan begini, kita tanyalah ulama' hadis tentang hadis yang sahih atau pun yang tidak sahih. Sebenarnya banyak benda kalau kita nak rujuk. Mengadakan majlis Isra' Mi'raj secara khusus, kalau kita kata buat mesti 27 dan cara jika tidak mendatangkan manfaat, yang boleh menimbulkan kesedaran kepada umat Islam, kita tak ada sebarang alasan untuk mengatakan dia bukan bida'ah. Tapi kalau ulama' Saudi memang dia terus kata Isra' Mi'raj bida'ah. Nabi tak pernah buat. Sahabat tak pernah buat. Tabi'in tak pernah buat. Kita yang agak anu tadi, kita tidak mengatakan kita buat Isra' Mi'raj kerana Isra' Mi'raj tapi kita nak ambik pengajaran daripadanya. Mengambil pengajaran tak salah.

Begitu jugak majlis Maulidur Rasul. Kalau di waktu zaman saya kanak-kanak dulu, di surau orang akan baca hadis Nabi, man azzamau maulidi wa jabatlahu syafa 'ati yau mil kiamah, hadis Nabi tu konon. Yang bermaksud, sesiapa yang membesarkan malam kelahiranku, wajiblah aku memberikan syafaat kepadanya di hari kiamat. Malam maulid penuh surau. Baik, betulkah Nabi ada bercakap? Kalau betul Nabi bercakap, mengapa kita tak baca dalam sejarah para sahabat memuliakan malam Maulidur Rasul. Takde. Memang itu bukan hadis Rasulullah S.A.W. Kita cuma boleh kaitkan buat maulid, dengan niat kita nak membesarkan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebab itu bila kita rujuk sejarah macam mana kitab berzanji dikarang, dia dikarang ialah kerana pada waktu itu ulama' melihat umat Islam semakin lari dari Islam, kerana mereka lupa kepada sejarah Nabi. Lalu pemerintah pada masa itu mintak seorang yang pandai menulis, Abu Ja'far al-Barzanjah itu, kalau kita sekarang dia macam penulis sajak, penulis cerpen, penulis apa, suruh dia tulis dalam bentuk yang boleh dilagukan oleh masyarakat pada ketika itu. Itu kisah Nabi. Bila dia tulis orang baca, orang pun sedar balik teringat kehebatan Nabi dan patuh kepada ajaran Islam. Maknanya tercapai matlamat.

Kalau kita lagukan saja capai tak matlamat? Kalau tidak tercapai maka tak kena lagilah kalau kita melagukannya semata-mata. Kita perlu kepada, kalau orang Arab dulu, dia bila baca itu, bila dia baca wa kanu sallallahu'alaihiwassalama syadidul hayat iwat tawadu' dia paham. Kita ingat macam baca Quran. Kita tak faham apa dia maka kita perlu hurai. Sebab itu kita ada bentuk ceramah untuk menjelaskan apa maksud dia. Sebab kalau berasaskan hadis Nabi man azzamau maulidi wa jabatlahu syafa 'ati yau mil kiamah, lalu orang buat macam-macam program untuk mengagungkan malam kelahiran Nabi dengan cara yang bercanggah dengan hukum syara' pun.

----------------------------------------------------------7

Jadi, balik kepada tu tadi, mengapa dulu orang buat. Itulah dia, dulu rujukan kita apa? Di rumah-rumah kita mesti ada kitab Majmu' 'As-Syarif, kan? Kitab Yaasin yang kecik tu, tebal sikit lebar setengah inci, nama dia Majmu' 'As-Syarif. Dalam kitab tu ada doa haikal, ada doa awal tahun, ada doa akhir tahun, ada Nisfu Syaaban. Itulah rujukan kita orang Melayu dulu yang boleh dibaca dengan tulisan jawi. Jadi tak salahlah masa itu kita baca itu. kita berpegang kita buat. Tapi setelah kita semakin banyak bahan rujukan .

Kalau dulu yang kita tahu Islam macam di negara kita aje la. Kita tak tahu macam mana Islam di Mesir, macam mana Islam di Mekah, jadi sebab itu bila orang pergi Mekah masa tu dia tengok eh lain. Balik dia kata ini tak betul tapi kerana dia seorang aje baru kata tak betul, akhirnya dia orang tak peduli, terus jugak berjalan. Jadi begitulah. Bila kita dah tahu ni kita tak usah lagi lah semata-mata merujuk kepada, dah dulu orang buat.

Sebab kalau dulu orang buat, ingat tak kita, saya pun masih ingat lagi waktu saya kanak-kanak. Dulu bila sampai Rabu terakhir bulan Safar, ingat tak kita anggap sial hari itu, kita ada tulis-tulis apa entah, masukkan dalam perigi lalu mandi, buang sial. Ingat tak itu kita tetap buat jugak dulu, tapi kenapa kita boleh tinggal, kerana dijelaskan benda ini adalah tidak ada asas. Jadi, dia seakan-akan benda macam tulah tapi ini lebih kukuh tapaknya, kita semakin susah. Cuma jangan sesekali maksud kita tak boleh baca Yaasin. Cuma saya kata tadi, biarlah kita jelaskan kepada orang yang hanya datang baca Yaasin malam Nisfu Syaaban kita beri penjelasan pada dia, tak betul cara yang dia buat ini. Kita takut dia buat begitu kerana kita ajar begini. Ini aje yang ana nak jelaskan. Kita takut dia buat begitu kerana dia percaya kepada ajaran, malam ini malam tutup buku, saya dah baik. Malam ini malam bukak buku, saya baik. Maka sebab itu dia tak datang. Ini yang merbahaya.

----------------------------------------------------------8

Persoalan: Macam kita buat amalan-amalan yang baik, Tuhan suruh kita buat amalan-amalan yang baik. Tapi kalau kita nak hentikan macam amalan Nisfu Syaaban ni, hati kita ni rasa macam tak puas hati sebab selalu kita buat alih-alih tahun ni tak buat. Jadi macam mana tu ustaz?


Sebab tu saya kata saya tidak suruh berhenti. Memberikan penjelasan kepada orang yang hadir ramai pada malam itu, patut malam itu kita dakwahkan dulu kepada mereka. Macam malam tadi dekat Masjid Kompleks Pertanian tu dia, setahu saya pak imam bagitau, malam ni dia kata ustaz, saya nak baca sekali aje. Tapi sebelum tu saya nak dakwah dulu sebab memang ramai orang yang tak pernah datang kecuali malam Nisfu Syaaban. Dan saya akan buat lepas baca tu dia kata, kita akan buat tahlil, lepas tu doa arwah. Kan itu bagus.

Jadi kemungkinan memanglah ada orang kata, apa pasal la buat benda lain ni. Malam tadi di Surau Riyadus Solihin langsung tak buat sebab saya teruskan kelas pengajian seperti biasa tapi lepas tu saya beritahu, sesiapa yang balik baca Yaasin, doa kepada Allah panjang umur, bagus. Tak mesti lepas Maghrib. Kita boleh buat lepas Isya', kita boleh buat lepas Subuh. Yang mesti buat lepas Maghrib tu yang tak betul tadi tu. Kecualilah kata malam tu memang kita tak ada apa-apa. Kita dah programkan satu tahun punya kalendar surau malam Nisfu Syaaban kita memang tak ada kelas pengajian, kita nak buat ini dalam bentuk yang jelas maksud dia.

Tapi itu yang menjadi masalah macam yang saya kata tadi sampai, isshh malam ni dia kata ada orang kenduri. Mintak kita jemput untuk buat tahlil arwah, dah kita nak buat Nisfu Syaaban pulak. Jadi kelam-kabut mana satu nak buat. Jadi kita serba salah dengan benda yang tidak ada asas kukuh. Bukan maknanya tinggal terus. Ini sebabnya ada setengah ulama' kata, kalau ini dia tak bagi, stop, langsung puak-puak tu tak datang ke surau. Ini tak betul, ini tak betul. Itu kerana tak hendak menjelaskan hakikat yang sebenar. Lalu kita mengharapkan orang ini setahun sekali datang, oleh itu kita buat jugak. Patutnya kita beri penjelasan kepada dia, kalau malam itu dia datang. Itu kaedah untuk kita berdakwah kepada orang yang tak datang ini.

----------------------------------------------------------9

Sila download seperti biasa.


Penjelasan 6

Penjelasan 7

Penjelasan 8

Penjelasan 9

.: Penjelasan berkenaan Fadhilat Rejab, Syaaban, dan RAmadhan :.

p/s: Kepada yg bertanya berkenaan Qada' dan Qadar serta Solat Menghormati Waktu, diharap bersabar ye... Allahua'lam...Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid...



http://www30.brinkster.com/meowhidayah/



p/s: kalo takleh bukak, refresh byk kali...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my