Terkini  Popular    Mula Topik

Ikan Talapia Makan Babi Bakar...

2004-10-22 09:11:44
Oleh
kiea
Semasa pulang ke kampung pada hari Raya Aidil Adha lepas - berkesempatan berbual dengan seorang hamba allah yang mana dia adalah seorang askar yang ditugaskan untuk membunuh babi di Bukit Pelanduk dan di Kampung Chuah.

Setiap hari dia dan kawan-kawannya yang kebanyakannya adalah terdiri dari orang kita (Islam) membunuh babi sebanyak 25,000 ekor sehari.

Beliau melihat sendiri apa yang mereka (Orang Cina) lakukan selepas babi ini dibunuh. Babi ini akan dibakar dan kemudiannya dicincang halus
kemudian diberi makan kepada ikan ternakan mereka - Ikan Talapia.

Saya ingin menyampaikan kisah ini kepada saudara/saudari semua agar tidak memakan ikan talipia yang bukan diternak oleh orang kita (Islam).

Hamba Allah ini juga mengamanahkan kita agar memberitahu mereka yang lain.


Wallahuallam.
copy from internet...Bila Bercinta Kerana ALLAH, Berpisahnya Tak Gelisah, Bila Rindu Kerana Yang SATU...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my