Terkini  Popular    Mula Topik

Bodohkah Lelaki Itu…

2005-02-05 11:29:01
jom kita kongsi pendapat dan pandangan...

Situasinya begini…

‘Pertemuan secara kebetulan telah melahirkan bibit-bibit cinta dihati insan bergelar
lelaki. Namun orang yang dicintainya telah pun dimiliki dan bakal melangsungkan
perkahwinannya akhir tahun ini. Diawal perkenalan mereka lelaki ini telah mengetahui
kedudukan perempuan tersebut. Sejak pertemuan itu mereka menjalinkan sebuah
persahabatan yang erat.

Suatu hari guy tu meluahkan perasaan cintanya terhadap girl tersebut dan ingin menjadi
kekasihnya. Girl tu menolak dan secara jujur menyatakan bahawa kasih dan sayang
hanya pada tunangnya dan hanya menganggap guy tu sebagai kawan.

Percaya atau tidak...guy tu tidak peduli dengan kedudukan girl tu asalkan dia bersetuju
menjadi kekasihnya buat sementara selagi girl tu belum berkahwin. Rayuan guy telah
memaksa girl bersetuju. Daripada persetujuan itu ungkapan sayang, ‘I miss u’, I luv u
sentiasa meniti dibibir mereka.

Dibibr mengungkap kata sayang tetapi dihati menafikannya. Cintanya hanya pada
tunangnya iaitu bakal suaminya’.

*Persoalannya disini bodohkah lelaki itu dan curang ke perempuan tersebut.



Carilah cinta yang sejati

Yang ada hanyalah padaNYA

Carilah cinta yang hakiki

Yang hanya padanya yang Esa

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my