Generic placeholder image
Oleh Mohd Hamzah Harun
08-Feb-2005 14:24

PERJALANAN pada zaman Islam dulu tidak seperti sekarang. Dulu, sesuatu perjalanan mengambil masa panjang. Perjalanannya pula tidak semudah sekarang dengan pengangkutan bermotor dan pelbagai kemudahan di sepanjang laluannya.

Perjalanan pada masa dulu, terpaksa melalui gurun, gunung-ganang dan bukit-bakau. Luqman Al-Hakim yang bijaksana banyak memberi nasihat kepada anaknya sewaktu dalam perjalanan.
Pesanannya itu masih boleh digunakan bagi umat sekarang yang ingin mengembara atau dalam perjalanan.
Luqman berkata kepada anaknya: “Apabila engkau pergi bermusafir, maka janganlah engkau berada di atas binatang tungganganmu.
“Berilah binatang tungganganmu itu, sebahagian daripada rumput itu. Dahulukan dengan memberinya makan dan minum, sebelum dirimu.
“Maka, apabila engkau berada jauh dari rumah orang, hendaklah engkau berjalan-jalan pada waktu malam kerana bumi berlindung dengan malam.
“Sekiranya engkau ingin turun (di suatu tempat), maka janganlah engkau turun di pinggir jalan. Hal ini kerana ia adalah empat tinggal ular dan binatang buas.
“Hendaklah engkau berada setiap ceruk bumi yang indah warnanya, lembut tanahnya dan banyak pula rumputnya, maka turunlah di situ. Apabila engkau telah turun, solatlah dua rakaat sebelum engkau duduk dan bacalah (selepas itu).”
Luqman berkata lagi: “Dan sekiranya engkau ingin membuang air, maka pergilah jauh dari tempat laluan orang dan hendaklah engkau memakai penutup (tubuhmu).
“Apabila engkau ingin pergi dari tempat turun itu, maka solatlah dua rakaat sekali lagi dan ucapkanlah selamat tinggal kepada bumi yang akan engkau tinggalkan itu.
“Sambil itu ucapkan ke atasnya dan ahli penghuninya, kerana setiap ceruk bumi ini ada penghuni dari kalangan malaikat.
“Dan apabila engkau melalui di mana-mana ceruk bumi atau wadi atau bukit-bukau, maka perbanyakkanlah mengingati Allah kerana sesungguhnya ceruk bumi dan bukit-bukau akan saling panggil-memanggil sesama sendiri. Adakah ada orang yang mengingati Allah lalu di hadapanmu hari ini?
“Sekiranya engkau mampu untuk tidak makan makanan sehingga engkau benar-benar merasa lapar, maka buatlah.”
Berkata lagi Luqman kepada anaknya : “Dan hendaklah engkau sering mengingati Allah sepanjang engkau menunggang serta bertasbih sepanjang engkau berpuasa. Dan berdoa sepanjang engkau masih kosong (perut).
“Berhati-hatilah engkau dari berjalan pada awal malam dan hendaklah engkau berjalan pada waktu tengah malam dari pertengahan malam hingga akhirnya.
“Janganlah sekali-kali engkau mengangkat tinggi suara di dalam perjalananmu melainkan dengan berzikir kepada Allah.
“Pergilah bermusafir dengan membawa pedang dan busur panahmu. Banyakkanlah dengan membawa ubat-ubatan bersama, yang dapat engkau gunakannya dan orang lain yang bersamamu daripada sahabatmu yang sakit.”
Dipetik dari: Ruangan Agama Berita Harian.Keredhaan Allah sebahagiannya terletak pada izin dan restu ibubapa.
Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my