Terkini  Popular    Mula Topik

Hasad Musnahkan Kebajikan

2005-04-03 12:25:37
Oleh
Xmeng
ANTARA penyakit-penyakit hati yang amat berbahaya ialah hasad (dengki). Penyakit ini boleh membinasakan ketaatan dalam beragama dan membangkitkan segala kejahatan. Semua manusia boleh menjadi magsa penyakit ini, tidak kira sama ada orang alim atau pun orang awam, apa lagi orang jahil. Orang yang mengidap penyakit bagaikan ditimpa bala yang mensesiakan usia hidupnya di dunia ini dan nerakalah tempatnya di akhirat kelak. Diriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Ada enam golongan manusia dimasukkan ke neraka dengan enam sebab:

a. Orang-orang Arab kerana asabiah mereka.

b. Raja-raja kerana kezaliman mereka.

d. Para pemimpin kerana ketakburan mereka.

e. Peniaga-peniaga kerana kecurangan mereka.

f. Orang-orang desa (awam) kerana kejahilan mereka.

g. Para ulama kerana hasad dengki mereka.

Maksud "hasad" atau "dengki" itu ialah keinginan yang jahat supaya sesuatu nikmat Allah hilang daripada seseorang yang beragama Islam. Lawannya ialah "nasihat" yang bermaksud, mengharapkan nikmat Allah yang diperolehi oleh saudara seagama itu tetap berterusan, kecuali sekiraanya nikmat itu membawa kekecelakaan kepadanya atau kepada hamba-hamba Allah yang lain.

Mengikut ulamak, antara tanda orang berpenyakit hasad itu ialah:

a. Menunjuk-nunjukkan kasih di depan kita, tetapi mengumpat di belakang kita.

b. Senang hati atau tidak bersimpati apabila kita ditimpa kesusahan.

Kesan buruk daripada penyakit hasad itu pula ialah:

a. Membinasakan amal kebajikan dan ketaatan kepada Allah Taala. Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Hasad itu memakan kebajikan seperti api memakan kayu yang kering.

b. Mendatangkan keluh-kesah dan dukacita.

c. Membawa kepada perbuatan maksiat.

d. Mata hati menjadi buta, sehingga tidak dapat memahami hukum-hukum Allah. Sufyan al-Tsauri bermadah: "Jangan engkau menjadi pendengki supaya engkau cepat menangkap kefahaman (tidak buta mata hati)".

e. Diharamkan atau ditahan daripada kebajikan dan tidak diberi taufik oleh Allah Taala. Imam Khatimul-Asham bermadah: "Pendendam itu bukan orang beragama, pencaci itu bukan orang beribadat, pengacum itu bukan orang yang boleh dipercayai dan pendengki itu bukan orang yang mendapat pertolongan".

Penyakit hasad dapat dicegah dengan cara:

a. Sentiasa mengingati kewajipan atau tanggungjawab muslim terhadap muslim dan seluruh muslimin.

b. Mengikut prinip-prinsip ajaran agama Islam. Menjalinkan kasih sayang (mahabbah)

c. Tolong menolong, bantu-membantu, nasihat-menasihati dan sebagainya antara satu salam lain di kalangan kaum muslimin / muslimat.

d. Sentiasa menghormati hak mukmin yang mendapat keistimewaan dan darjat yang tinggi daripada Allah Taala.

e. Sentiasa mengharapkan syufaat daripada mukmin di akhirat kelak.

Oleh sebab penyakit hasad itu begitu berbahaya, maka amat wajarlah hati yang terlibat segera diberi rawatan dan pencegahan. Dengan mengingati dan mempraktikkan amalan-amalan yang tersebut, insya Allah, terselamatlah kita daripada penyakit dan buruk akibatnya itu.

Copy & pasteManusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.





Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my