Terkini  Popular    Mula Topik

Kuliah Dr Fatma Zahra

2005-04-20 09:06:18
Oleh
qutreen
Assalamualaikum wbt,

Jom berkongsi sedikit ilmu dari kuliah bulanan Dr Fatma El Zahra di JPM

a. Cara menyuburkan iman:
- banyak membaca Al-Quran
- hadir majlis ilmu
- banyak bertakfakur tentang kebesaran Allah SWT eg: tsunami,
gempa bumi
- banyak zikrullah (LaillahailaAllah)
- value added amal ibadat - tambah amalan sunat, amal jariah etc.

b. Makruh memberi salam/bersalam :
- dlm tandas
- ketika majlis ilmu berjalan
d. Amalan supaya anak2 rajin bersolah:
- Sambil mengadap qiblat, baca ayat 40: surah ibrahim
- always remind anak supaya bersolah, never give-up
- baca ayat 1-5: surah al Baqarah dlm air (ulang 7 x
`waaqimunassolah'), minumkan air tu, lebih mujarab jika ibu yg buat.

e. Amalan supaya lembut hati anak2 dan suami:
- amalan ni disokong oleh ijmak ulama (bukan sunnah nabi) tapi
insyaAllah setiap amalan berasaskan Al-Quran akan dimakbulkan Allah swt.
- baca surah al-fatihah
- Ayat 1-6: surah al-toha
- Ayat 1 : surah al-Hasry
- baca doa Nabi Daud 7 x (Ya Allah lembutkanlah bagiku hatinya
(sebut nama) sebagaimana engkau lembutkan bagi Nabi Daud akan besi)
- hembuskan dalam air atau makanan....guna utk minuman harian.

f. selain dari tip2 di atas, kuliah fokus dalam topik tafsir Juz Amma
(al-kafirun, al-nasr, al-lahab, al-ikhlas, al-falaq & al-nas)
- amat jelas penghuraian beliau umpama kita berada di zaman nabi
semasa ayat2 tersebut diturunkan. Kelemahan saya tidak dpt utk
mengulangi penghuraian terperinci beliau. ini boleh dirujuk dlm mana2
tafsir.

g. Fadilat surah2:
- al-kafirun (Jaminan Allah terhindar dari syirik, murtad dan
mati dlm iman)- amalkan dlm solah fardhu
- al-nasr ( surah yg menggalakkan kita bertaubat)
- al-lahab (baca 100 x selepas Isyak utk mengelakkan fitnah)
- 3 Qul (baca 3 x setiap pagi dan mlm menjadi ubat ketika sakit
dan dilindungi Allah)
- al-ikhlas (baca 10 x sblm tidur, dijanjikan Allah sebuah
istana di syurga dan umpama telah bersyahadah sekiranya kita mati dlm
tidur dan menjadi ahli syurga) (baca 11x sebelum masuk rumah, murah
rezeki).

h. Perbanyakkan zikir `SubhanaAllahil azim wabihamdi' & ` Wa
Astaghfirullahil azim waatubu illait' dan dicadangkan utk org2 sakit dan
ketika waktu lapang ( tak yah sibuk nak tengok tv je...kita tak tau bila
ajal kita).

begitu le serba sedikit ilmu yg dicerap melalui kuliah tersebut.

wassallam
~lahirnya manusia disambut dgn azan,matinya manusia diiringi dgn solat,antara azan dan solat,alangkah singkatnye hidup ini...~

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my