Terkini  Popular    Mula Topik

Sifat Yang Baik Untuk >>>>>

2005-05-31 09:34:30
Oleh
Zana.
SIFAT YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN DAN SEBALIKNYA BAGI LELAKI

Menurut saidina Ali r.a. pula :

Terdapat tiga sifat yang tidak baik seandainya ada pada seorang lelaki, tetapi ia adalah paling baik seandainya ada pada seorang perempuan, iaitu:

1. Bakhil atau kedekut, kerana apabila seorang
perempuan bersifat demikian akan terpeliharalah harta
suaminya .

2. Membesar diri, kerana apabila seorang perempuan itu
membesar diri maka dia tidak akan bercakap-cakap
dengan seseorang menggunakan kata-kata yang lemah lembut.
Dengan ini terpeliharalah perasaan cemburu suaminya.

3. Penakut, kerana apabila seorang perempuan itu bersifat penakut maka dia tidak akan keluar dari rumahnya. Dengan ini sifat cemburu suaminya dapat dikawal.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my