Terkini  Popular    Mula Topik

Gelapnya Bila.......

2005-07-05 14:50:18
Oleh
Itaarissa

cam bisa ...copy paste dr emel......



Hati Yang Buta



Allah SWT berfirman, “Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi

supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada

hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka

dapat mendengar? ( Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna ) kerana

keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata

hati yang ada di dalam dada. “

QS Al-Hajj : 46



Hati ( qalb ) adalah pusat segala aktiviti dan kegiatan. Kerana itu, sabda Rasulullah SAW,

jika hati betul, maka akan betul pula segala-galanya. Namun, jika hati rosak, maka akan

rosak segala yang ada pada diri mereka.

HR Bukhari dan Muslim



Betapa penting dan menentukannya hati itu, maka kepada setiap orang yang beriman, Allah

SWT menyuruh untuk selalu membersihkan dan menajamkannya. Dengan hati yang tajam,

terang, dan jernih, serta dibimbing oleh wahyu Allah SWT, setiap manusia akan mampu

memilih yang haqq ( benar ) dari yang bathil ( salah ), yang putih dari yang hitam, dan

yang manfaat dari yang mafsadat (merosak). Bahkan, ketika Rasulullah SAW ditanya

tentang pengertian kebaikan ( al-Birr ) oleh sahabat Wabisah bin A'bad, beliau

mengatakan, “ Tanyalah hatimu! ”



“ Kebaikan itu jika dilakukan akan mengakibatkan ketenangan hati ( batin ). Sedangkan

perbuatan dosa jika dilakukan akan mengakibatkan keraguan dan ketidaktenangan batin

( hati ), walaupun ramai orang yang menyetujuinya. “

HR Imam Ahmad



Terkait dengan perkara tersebut, Allah SWT juga menjanjikan bahawa hati yang selalu

bertaubat akan mendapatkan syurga. FirmanNya;

“ ( Iaitu ) orang yang takut ( melanggar perintah Allah ) Yang Maha Pemurah, semasa tidak

dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang ( kepada Allah )

dengan hati yang tunduk taat.

( Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata ) : Masuklah kamu ke dalam Syurga

dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari ( bermulanya ) kehidupan yang kekal.

Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ dan di sisi Kami ada lagi tambahan

( limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka ). ”

Q.S Qaaf : 33 - 35



Hati yang terbimbing cahaya Illahi akan mampu memahami berbagai fenomena alam yang

terjadi dan berbagai musibah yang menimpa, baik pada dirinya mahupun pada masyarakat

secara keseluruhan, untuk kemudian dijadikan ibrah atau pelajaran untuk lebih

memperbaiki dirinya dan meningkatkan kualiti keimanannya. Sebaliknya, hati yang buta

seperti diisyaratkan pada Surah A-Hajj Ayat 46 di atas tidak akan mampu melihat apalagi

mengambil pelajaran darinya.



Musibah semakin banyak terjadi, tetapi tetap sahaja ramai manusia yang sombong dan

takbur serta tetap melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT. Kelompok orang-orang

fakir-miskin yang kelaparan semakin banyak, namun tetap sahaja ramai orang melakukan

rasuah dan menghabiskan wang negara untuk kepentingan peribadi dan kelompoknya.



Orang yang buta hatinya di dunia, di akhirat kelak akan semakin buta dan semakin

tersesat jalannya. Ini sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Israa' Ayat 72;

“Dan ( sebaliknya ) sesiapa yang berada di dunia ini ( dalam keadaan ) buta ( mata

hatinya ) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya. “'



Marilah kita semua berlindung kepada Allah SWT dari memiliki hati yang buta.



Wallahua'lam Bisshawab.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my