Terkini  Popular    Mula Topik

Henti Peluk Guru, Pelajar

2005-07-07 10:21:46
Oleh
rezza
KETIKA demam Akademi Fantasia musim pertama (AF1) tiga tahun lalu, timbul keluhan beberapa pihak yang tidak senang melihat kalangan pelajar lelaki dan wanita bebas berpelukan selepas pengacara mengumumkan nama pelajar yang tersingkir.

SS sendiri yang hampir setiap minggu menonton program realiti itu ada ketikanya lemas melihat mereka saling bertangisan. Berdetik di hati, air mata yang dititis pelajar itu mengalahkan mereka yang berpisah mati.

Walhal nak diikutkan, mereka tidaklah pergi ke mana kerana pelajar yang tersingkir setiap minggu adalah antara penonton tetap konsert itu pada minggu seterusnya. Apabila konsert terakhir, mereka akan berkumpul semula.

SS juga lihat pada AF1 penonton yang datang begitu syahdu sehingga berhelai-helai tisu habis buat mengesat air mata semata-mata mahu menangisi pemergian seorang bintang yang masih belum nampak gemerlapannya.

Selepas diterjah dengan pelbagai kritikan, barangkali timbul kesedaran penganjur. Apa yang SS perhatikan adegan berpelukan antara pelajar lelaki dan wanita dihentikan. Baguslah kerana penganjur memahami sensitiviti penonton.

Lain dulu, lain sekarang. Apa yang SS perhatikan untuk AF3 kali ini, timbul pula adegan lain iaitu berlaga pipi dan berpelukan antara tenaga pengajar dengan pelajar yang tersingkir.

Pada pandangan SS, adegan itu kurang manis buat penonton kita. Rasanya elok juga adegan seperti itu dielakkan. SS faham walaupun mereka mengganggap pelajar itu seperti anak atau adik sendiri, tetapi SS khuatir kelak timbul kontroversi lagi.

Bukan nak kata kerana ada segelintir pelajar itu sudah layak benar jadi bapa atau emak orang. Berderau juga darah rasanya jika pelajar lelaki berpelukan dengan guru tari AF yang jelita, siapa lagi kalau bukan Linda Jasmin.

Siapa tahu barangkali Linda pun tergamam setiap kali anak muridnya melakukan sedemikian. Dalam masyarakat kita, untuk menghargai dan menangisi seseorang, ada cara yang lebih terhormat tanpa melanggar tata susila budaya kita.
semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my