Terkini  Popular    Mula Topik

Dugaan Hebat Seorang Wanita Muda

2005-08-03 22:15:25
Ini ialah komen seorang wanita terhadap seorang wanita lain yang mengadu masalahnya di ruangan Luahan Mingguan Wanita. Saya copy paste dari website MW.
------------------------------------------------------------------------------
ASalamualaikum..
Sebelum saya memberi nasihat, izinkan saya menceritakan serba sedikit tantang diri saya. Saya juga seorang ibu tunggal kepada 2 orang cahayamata (5 & 4 thn) dan baru berumur 27 thn. Bekas suami saya seorang anggota tentera. Saya juga pernah mengalami seperti apa yang pernah puan alami. Dipukul,termasuk di hadapan org ramai, dihina (malah ibu & ayah yg tak yau apa2 pun turut dihina), dicurangi. 5 tahun saya bersabar, takut memegang title janda pada usia muda. Akhirnya saya nekad. Tidak mahu jadi bodoh lagi. Cukuplah 5 tahun penderitaan yg saya lalui. Malah saya kesal kerana membuang masa selama 5 tahun menunggu dia berubah. Saya terfikir, berapa lama lagi masa yang harus saya tunggu? 7 thn?, 9 thn? @ 10 thn? mana saya tau dia akan berubah dalam masa itu? buatnya dia tetap berubah...anak bertambah, jiwa makin tertekan. Kita pun dah tua, malu kat anak bercerai dalam usia lewat. Alhamdulillah, saya berjaya memohon cerai selepas bermacam2 kesusahan yang saya alami. Saya tinggalkan rumah hanya berbekalkan kain baju dan anak2. Tiada duit untuk membeli tiket bas nak balik kampung pun. Sampaikan terpaksa meminjam dari kawan. Masalah memang banyak. Anak pula agak rapat dengan ayahnya. Saya sering menangis, malah menyesal kerana bercerai. Bekas suami sentiasa datang memujuk, tapi saya takut untuk kembali padanya. Akhirnya saya mengambil keputusan berhijrah ke KL. Anak saya bawa sekali bersama wang RM200. Menumpang di rumah ibu saudara, bukanlah perkara mudah. Ada je yang tak kena di matanya. Akhirnya saya menyewa sendiri, dirumah setinggan sebesar reban ayam.Bakas suami tidak memberi nafkah anak (sampai sekarang). macam-macam kerja yang saya buat(yang halal). Penghinaan orang tak payah cakaplah. Setiap gerak langkah adalah salah. Masalah kewangan menghimpit diri. Mana nak bayar sewa rumah, duit mengasuh anak,susu, pampers, makan & kemahuan anak, anak yang sering sakit kerana rindukan ayahnya, digoda suami orang. Alhamdulillah, selepas hampir 2 thn, saya boleh menarik nafas lega. Allah perkenankan doa saya. Saya diterima bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Kerajaan dan mendapat kemudahan kuaters. Walaupun tak mewah. tapi saya ada rumah yg selesa untuk anak2. Dapat menghantar anak2 ke tadika, malah ada sumber kewangan yg tetap walaupun tidak seberapa. Cukuplah..saya bersyukur. Dan jika sekarang ada org yang bertanya, adakah saya menyesal bercerai, saya akan jawab jika 10 org yang saya kahwin berperangai macam bekas suami saya, 10 kali saya akan bercerai. Tak sanggup saya menderita lagi.Yakinlah, Allah tidak sekali2 akan menganiayai hambanya(walaupun saya hampir2 murtad kerana terlalu kecewa dengan hidup) Nasihat saya, kita adalah isteri yang seharusnya dihormati, dikasihi & bukannya hamba abdi untuk disepak terajang. Kita harus berani. Yakin ada sinar kebahagian di sebalik sana.
-------------------------------------------------------------------------------hidup ini seperti roda... kadang di atas, kadang di bawah... semuanya menguji sejauh mana pergantungan kita padaNya..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my