Terkini  Popular    Mula Topik

Baiki Cara Solat Kita....

2005-08-25 11:54:17
Oleh
Mami Ros



Makumat ini saya terima dari seorang sahabat. Ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama.

Topik adalah mengenai adab2 solat. Selepas membaca email ini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sbelum menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat untuk solat...sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita. Kenangkan
kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh
yang Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita
dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yang betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya adab untuk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dengan meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dengan meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut
penceramah, syaitan2 yang berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah

lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam (berdiri) - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tangan kiri ke
atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh
tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti
di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan
mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"


5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situlah dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari sahaja). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.


7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan
bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untak bangun, gunalah tangan
kanan untuk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.


8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "..illallahh.."
( "laa ilaa ha ILLALLAH ) Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga
memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh
sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di
sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu
dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.
Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.


10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dengan melapikkan papan
punggung dengan kedua2 kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah
dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
sedang menghadap yang Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingat kan para hadirin bahawa kain yang digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.

Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yang tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dangan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yang dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yang tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang2
sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yang rambut panjang, jika


tidak ditutup betul2 dengan serkup / anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yang baik. Saya akui, terasa agak berat. ketika solat saya gagahkan juga. Yang penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yang diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yang penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita untuk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yang tak sempurna. Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap
dimaafkan. Segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu dari
saya.


Wassalamu.


** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **


Wasalam..

Sabda Rasullullah SAW ~~ " Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my