Terkini  Popular    Mula Topik

Interview Khas Akhbar Siasah Dengan Mawi

2005-08-30 00:03:48
Oleh
ilham
Wawancara bersemuka wakil Siasah, Siti Zahra (19 Ogos-1 September 2005) dengan Mawi, antaranya tertumpu kesediaannya berdakwah melalui nyanyian.

...Ketika menemuramah Mawi, dia baru selesai membuat persembahan untuk meraikan wartawan media cetak dan elektronik, di Ampang. Kata-kata Mawi "world-world juga, akhirat jangan lupa" membuatkan saya terfikir mungkin ini tujuan mengapa Mawi serius menjadi penyanyi, dia mahu menampaikan mesej Islam kepada peminat dan artis lain. Soalnya mampukah anak muda memikul berat itu?

SIASAH: Siapa Mawi sebelum menyertai AF3?

MAWI: Saya hanyalah pemuda kampung yang suka menaiki motosikal mengelilingi kampung. Berkawan dengan mat rempit tetapi saya tidak pernah merempit. Sekali-sekala saya dipanggil menyanyi di majlis orang kahwin, berzanji untuk majlis cukur jambul dan mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Lama-kelamaan orang tua pun turut meminta saya mengajar mereka mengaji. Mulanya takut juga maklumlah saya muda daripada mereka. Tetapi saya fikir ini ibadah yang harus saya lakukan. Kerana kebolehan mengaji rakan sekampung memanggil saya ustaz rock. Saya suka berkaraoke dan bermain snooker serta bersilat.


Bagaimana boleh menyertai AF3 sedangkan di rumah Mawi tiada Astro dan Mawi tidak pernah menonton AF1 dan AF2?

Rakan-rakan mendesak saya menyertai AF3 walaupun sebelum ini saya tidak pernah menontonnya. Saya cuma membaca di akhbar dan majalah kejayaan juara AF1 dan AF2.Keinginan saya kuat untuk membantu keluarga (terdiam dan menarik nafas panjang). Saya mahu keluar daripada belenggu kemiskinan dan membahagiakan ibubapa. Saya cuma ada bakat menyanyi yang dikurniakan Allah, apa salahnya saya mencuba. Alhamdulillah terpilih. Di AF bukan setakat mengenali rakan baru banyak ilmu saya perolehi. Saya belajar mengenali manusia yang boleh dibuat kawan atau mereka yang suka ambil kesempatan.

selanjutnya klik http://villailhami.blogspot.com

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my