Terkini  Popular    Mula Topik

Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Kaum Lelaki

2006-05-10 11:22:17
Oleh
cik iezan
Daripada jumlah kes penghidapan penyakit barah payudara, satu peratus adalah kes yang membabitkan kaum lelaki. Setiap tahun, sebanyak 1,400 kes yang melibatkan kaum lelaki dilapurkan. Daripada jumlah tersebut, 400 akan mengalami kehilangan nyawa akibat serangan penyakit tersebut. Ia ternyata satu tren yang agak mencemaskan. Sejak 3-4 tahun kebelakangan ini, lapuran kes penghidapan penyakit mencatatkan peningkatan sebanyak lima puluh peratus.Kaum lelaki tidaklah harus menjadi mangsa penyakit ini semata-mata hanya kerana sikap mengambil lewa akan risiko penyakit ini serta beranggapan bahawa ianya adalah penyakit yang hanya menyerang kaum wanita sahaja. Mereka juga haruslah mengambil sikap berjaga serta waspada akan serangan penyakit ini terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga penghidap penyakit ini. Di Barat, lingkungan umur kaum lelaki yang menjadi sasaran kepada penyakit ini adalah mereka yang berumur 50 dan 60an.Tiada banyak perbezaan di antara barah payudara kaum lelaki dengan kaum wanita. Oleh itu, fakta-fakta mengenai barah payudara, langkah-langkah pencegahan,pengesanan awal serta rawatan adalah juga mengikut prinsip yang sama. Kanser payudara telah menjadi satu penyakit yang tidak mengenal batasan, miskin, kaya, tua, muda turut diancam. Pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institite telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan. Kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor merokok dan kekurangan senaman. Kadar kanser payudara mempunyai sebanyak 50% kaitan dengan apa yang kita makan. Kajian pemakanan penduduk telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protin haiwan dan makanan kurang serabut yang tinggi akan meningkatkan kadar kanser payudara. Lemak haiwan dan minyak kelapa merupakan sumber lemak tepu. Serabut hanya didapati daripada tumbuh-tumbuhan. Didapati bahawa apabila makanan seperti daging, keju, susu dan telur lebih dimakan, buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin dikurangkan. Mulakan hari anda dengan memandang makanan sabagai sumber rawatan dan pencegahan kanser. Pilihlah makanan mengikuti piramid makanan. Dengan penglibatan mental dan rohani yang aktif, kanser payudara boleh diatasi. Lemak makanan Kanser yang terjadi pada wanita disebabkan oleh pengaruh hormon oestrogen didapati ada kaitan dengan jumlah lemak tepu dalam pemakanannya . Bagi seorang individu yang sihat, disyorkan 30-35% jumlah kalori daripada lemak. Bagi mereka yang mempunyai risiko kanser payudara, adalah dinasihatkan supaya menurunkan jumlah lemak ketahap 15-20%. Lima peratus lemak dibolehkan daripada sumber haiwan seperti mentega, susu, tairu, daging dan lain-lain. Sepuluh peratus lagi daripada sumber sayuran seperti minyak sayuran, avocado, minyak zaitun dan lain-lain. Pengambilan lemak kurang daripada 15% adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan kekurangan asid lemak yang penting dalam badan kita.Mengenali Barah Payudara Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu. Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini. Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis. Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara. Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini. Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara Sehinggalah waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut. Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes). Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan. Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.Tahap 1 Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.Tahap 2Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.Tahap 3Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada). Tahap 4Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.Kadar kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit kelazimannya berkait rapat dengan tahap penghidapan penyakit tersebut pada masa diagnosa dibuat. Keadaan yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4. Faktor-Faktor Risiko Kanser Payudara Penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar. Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara? Faktor-faktor risiko yang sudah diketahui akan membolehkan individu yang berisiko tinggi menerima manafaat daripada kawalan rapi iaitu daripada pemeriksaan rapi klinikal dan pemeriksaan mammografi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko boleh menghidapi kanser. Jadi, faktor-faktor risiko tidak boleh memberi ramalan yang tepat. Pesanan utama1. Mengetahui faktor risiko akan memutuskan sama ada anda perlu atau tidak pemeriksaan saringan. 2. Sekiranya anda tidak mempunyai faktor-faktor risiko tidak bermakna anda selamat. Ramai wanita yang mengidapi kanser tidak mempunyai riwayat keluarga atau mempunyai faktor-faktor risiko 3. Kanser payudara tidak boleh dicegah dan strategi utama adalah pengesanan awal dan rawatan sebelum kanser itu merebak Faktor–faktor yang dikenal pastiBerikut adalah faktor-faktor yang telah dikenal pasti JantinaKanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita) UmurSemakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara Perbezaan geografiKawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika (sila lihat Barah Payudara - Permasaalahan serius) Riwayat kanser payudaraSekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda Riwayat keluarga dan faktor genetikSekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara. Untuk lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan 60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi kanser payudara. Usia mereka ketika menghidapi kanser penting diketahui. Hanya 5-10% wanita yang menghidapi kanser payudara mempunyai faktor-faktor genetik. Pada tahun 1990 gen BRCA1 ditemui dan diikuti berapa tahun kemudian dengan gen BRCA2. Sekiranya salah satu gen tersebut didapati, risiko akan meningkat sebanyak 85% Gen BRCA1 mempunyai kaitan dengan kanser ovari. Gen ini bukan suatu gen yang berlebihan tetapi merupakan suatu gen yang berubah mengakibat munculnya kanser payudara. Wanita yang ada gen BRCA1 mempunyai riwayat keluarga di mana beberapa generasi menghidapi kanser pada usia yang muda dan kanser didapati pada kedua-dua payudara. Walaubagaimanapun, terdapat wanita yang ada gen BRCA1 di mana saudaranya tidak menghidapi kanser payudara. Sindrom Li-Frameni adalah sejenis kanser payudara yang jarang berlaku dan dikaitkan dengan gen p53. Kanser pada pesakit-pesakit ini dikaitkan dengan ketumbuhan tisu lembut, tulang, otak dan kelenjar adrenal. Adanya riwayat penyakit payudaraIni meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif. Riwayat haidSekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen. Jumlah anakSeorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu. Pendedahan radiasiPendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik Status socioekonomiStatus socioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan PemakananPemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda. Saiz tubuhWanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali. Keputusan untuk menerima rawatan THG bergantung kepada berapa faktor. Data mengenai manafaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit osteoporosis makin menggalakkan.THG juga bermanfaat kepada wanita yang mempunyai gejala gejala putus haid seperti ‘hot flush’ dan perubahan perasaan. Kanser payudara yang dikaitkan dengan THG didapati mudah dirawati dan kurang merebak. Ini mungkin kerana wanita-wanita ini lebih sering melakukan mamogram dan kanser dikesan lebih awal. Walaubagaimanapun implikasi risiko dan faedah penggunaan THG perlu dikaji dengan teliti. Penggunaan THG dipertimbangkan apabila faedah mengambilnya adalah melebihi risikonya. PenyusuanKajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my