Terkini  Popular    Mula Topik

Cikgu Din Ghaib Wang Rm3 Juta

2006-05-16 14:36:01
Oleh
rezza
KUALA LUMPUR: Dengan hanya bermodal `air liur’, seorang lelaki yang terkenal dengan panggilan `Cikgu Din’ berjaya memperdaya orang ramai melabur dalam skim labur wang ghaib internet berjumlah lebih RM3 juta. Hasil `kebijaksanaannya’ lelaki berusia 40-an itu yang didakwa seorang kakitangan sekolah mampu memiliki lima kereta mewah termasuk banglo bernilai jutaan ringgit. Kegiatan `Cikgu Din’ bagaimanapun terbongkar selepas ratusan mangsa yang sudah melabur dan gagal memperoleh keuntungan berganda dijanjikan membuat aduan polis.Difahamkan mangsa tidak hanya membabitkan penghuni sekitar Kelantan, malah Terengganu, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang.Seorang mangsa, LB Lee, 43, berkata, dia mula terjerat dengan skim cepat kaya internet ala piramid itu selepas `terpesona’ dengan gaya hidup mewah Cikgu Din yang mampu memiliki wang dan harta peribadi jutaan ringgit dalam tempoh singkat.Menurutnya, dia cuba menjadikan Cikgu Din sebagai mentor bagi membolehkannya mempelajari ilmu perniagaan termasuk kaedah jualan langsung daripada lelaki itu.“Pada masa sama Cikgu Din memberikan idea kepada saya untuk menyertai satu bentuk jualan langsung berbentuk skim piramid yang diperkenalkan sebuah syarikat baru.“Untuk menarik perhatian saya, lelaki itu menawarkan tiga lot percuma bernilai RM111 setiap satu bagi memulakan skim terbabit,” katanya.Menurutnya, dia hanya diminta mencari `down line’ (individu bawahan) bagi mengembangkan skim piramid itu yang disebar melalui internet.“Bagi membolehkan saya memperoleh pendapatan RM999 sehari, saya perlu mendapatkan lebih banyak individu bawahan dengan mengisi carta piramid itu di dalam internet,” katanya.Menurutnya, keinginan untuk mendapatkan keuntungan cepat menyebabkan dia sanggup mengeluarkan modal RM17,400 untuk menaja individu yang tidak wujud.“Malah saya sanggup memujuk rakan baik serta mencari individu bawahan hingga ke Pahang dan utara untuk menyertai skim itu atas nasihat diberikan Cikgu Din.“Semua duit yang dilaburkan melalui skim internet itu akan dimasukkan ke dalam akaun khas milik syarikat terbabit yang turut diuruskan isteri Cikgu Din,” katanya.Dia berkata, syarikat itu yang mula disertainya pada Oktober tahun lalu tiba-tiba menamatkan operasi serta-merta baru-baru ini tanpa diketahui punca.“Saya ke banglo Cikgu Din bagi mendapatkan penjelasan namun dia memberitahu tidak bertanggungjawab atas perkara itu dengan alasan tiada kena mengena dengan aktiviti syarikat berkenaan,” katanya.Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati sebuah lagi syarikat lain dengan modus operandi sama dibuka di Kota Bharu, Kelantan.Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan.Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Choong, menegaskan penganjur skim cepat kaya boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 kerana mengutip deposit daripada orang ramai tanpa lesen.Menurutnya, penganjur boleh dikenakan hukuman maksimum RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 6 (4) akta itusemoga hari ini lebih baik dari semalam..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my